Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tepati Ramalan Ramai, Gelaran Mister World Malaysia 2022 Disandang Oleh Joshua Benedict

23/10/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
Tepati Ramalan Ramai, Gelaran Mister World Malaysia 2022 Disandang Oleh Joshua Benedict

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Gelaran Mister World Malaysia 2022 akhirnya menjadi milik peserta dari Selangor iaitu Joshua Benedict, 32, yang merupakan seorang model dan usahawan.

Dengan kemenangan itu, Joshua sekali gus menewaskan 23 finalis lain dalam acara kemuncak yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Antara peserta-peserta Mister Universe Malaysia 2022.

Hanya 10 peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya dan mereka perlu mempamerkan kebolehan menerusi segmen pengucapan awam selama seminit untuk menceritakan tentang diri masing-masing sebelum lima peserta terbaik dipilih.

Sewaktu sesi soal jawab di peringkat lima teratas, Joshua memilih untuk menjawab soalan daripada seorang juri pada malam itu iaitu aktres terkenal, Diana Danielle.

Selain mendapat gelaran tempat ketiga bagi Mister Universe Malaysia 2022, Jason juga merupakan seorang model.

Gelaran naib juara pula disandang oleh peserta dari Perak iaitu Chow Di Sheng yang juga peserta kegemaran ramai pada malam itu, manakala tempat ketiga menjadi milik peserta dari Kuala Lumpur iaitu Jayson Phuah.

Joshua sewaktu ditemui pada sidang media berkata, dia seakan-akan tidak percaya mampu merangkul kemenangan tersebut memandangkan saingan diberikan peserta lain sangat sengit.

“Saya sangat teruja, tetapi pada masa sama masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

“Pun begitu, saya sangat bersyukur dan berjanji akan harumkan nama Malaysia di pertandingan antarabangsa kelak,” katanya.

Ditanya persiapannya menjelang penganjuran Mister World 2022 yang akan berlangsung di United Kingdom tidak lama lagi, kata Joshua, dia akan segera merangka strategi untuk memastikan nama Malaysia berkumandang di pentas dunia itu nanti.

Joshua juga dikenali sebagai seorang model dan usahawan.

“Rancangan saya akan bermula secepat mungkin kerana sudah tiba masanya untuk Malaysia memperbaiki kedudukan di peringkat dunia,” kongsinya.

Sebagai rekod, kemenangan diraih jejaka berdarah kacukan Cina dan India itu bukanlah yang pertama kerana sebelum ini dia pernah memenangi gelaran Mister Tourism Malaysia 2017 dan menduduki tangga keempat sewaktu mewakili negara di pentas antarabangsa. – BOOM!

Previous Post

Bapa Disahkan Meninggal Dunia, Dina Nadzir Tidak Akan Muncul Di Pentas GV-9 Malam Ini

Next Post

Dituduh Tawar Khidmat Seks Sebagai Gigolo Kepada Wanita Dan Pondan, Rizky Failkan Saman

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd