Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bermula Dari Kosong Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sudah Lahirkan 10 Jutawan – “Itu Rezeki Mereka”

31/10/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
Bermula Dari Kosong Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sudah Lahirkan 10 Jutawan – “Itu Rezeki Mereka”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pasangan suami isteri yang mengusahakan Wawa Cosmetic, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berhak untuk berbangga apabila mereka berjaya melahirkan 10 jutawan sejak memulakan perniagaan itu empat tahun lalu.

Wawa berkata, dia dan Aeril sentiasa memikirkan cara atau formula untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama para peniaga yang setia serta percaya dengan mereka.

Pelancaran bagi produk terbaru Wawa Fruity Candy Liptint.

“Alhamdulillah kerana semua peniaga (reseller) di bawah kami sentiasa memberikan kepercayaan dan menyokong kami sejak mula berniaga sehingga ke hari ini.

“Bagi kami, ia juga satu tanggungjawab bagi kami untuk menghasilkan produk berkualiti dan boleh dijual bagi memastikan kami semua dapat mencari pendapatan,” katanya ketika sidang media sempena pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di sini baru-baru ini.

Aeril dikatakan penyokong utama bagi isterinya Wawa.

Mengulas lanjut, Aeril selaku tunjang utama yang sentiasa menyokong isterinya itu berkata, mereka sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mengikut rasional pasaran.

“Kami tidak boleh keluarkan produk pada kuantiti yang banyak sesuka hati dan kami mahu penjual dan peniaga yang bersama kami yakin barangan yang dihasilkan dan dibeli laku.

“Ibu pejabat hanya boleh menjual 1,000 unit produk sahaja selebihnya ialah melalui penjual kami,” katanya.

Aeril menambah, sehingga ke hari ini antara jumlah stock terbanyak yang dicatatkan oleh peniaga mereka ialah mencecah 200,000 unit secara ulangan.

Wawa, di sisi ketika ditanya antara momen yang masih segar sejak bergelar usahawan ialah ketika memulakan dan memberanikan diri berniaga tanpa pejabat.

Wawa memberi kenyataan tentang semasa beliau mula-mula menjalankan perniagaan ini.

“Kami sampai malu nak ajak orang datang ke rumah. Bayang setiap inci rumah penuh dengan stok yang banyak sebab kami tidak mampu miliki pejabat urusan,” katanya.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 31, melahirkan rasa syukur kerana berjaya sampai sehingga ke tahap ini.

“Tahun depan genap lima tahun kami bergelar usahawan. Saya pegang kata-kata sekiranya kami berjaya mengharung onak duri selepas tempoh ini, Insya-Allah perniagaan kami akan terus bertahan.

“Itulah antara doa kami dan terima kasih kepada semua yang setia serta percaya dengan kami,” katanya.

Keluaran terbaru Wawa Cosmetics.

Mengenai produk baharunya itu katanya, sebanyak 80,000 unit dikeluarkan dengan empat edisi iaitu epal, strawberry, peach dan tembikai di mana lebih 65,000 sudah dijual.

Mac lalu, Aeril menghadiahkan wisma bernilai RM3.2 juta iaitu bangunan tiga tingkat sebagai pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok. – BOOM!

Previous Post

“Jangan Derhaka Kepada Bapa” – Pesan Ziana Zain Kepada Anak-anak Walau Pernah Didera

Next Post

Tonton Filem Rusia Percuma Selama Tiga Hari, Julung Kali MFR4 Dianjurkan Di Malaysia

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd