Bekas suami aktres Song Hye-kyo iaitu aktor Song Joong-ki nafi khabar angin yang mendakwa dia bercinta dengan pelakon Kim Tae-ri.
Joong-ki dan Tae-ri sebelum ini sama-sama berlakon dalam drama Space Sweepers tahun lepas dan gosip mereka bercinta kembali hangat diperkata netizen apabila foto kedua-kedua mereka tular di media sosial.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/photo_2022-11-02_12-23-59.jpg)
Foto itu menunjukkan seorang lelaki berpegangan tangan dengan seorang wanita di Paris, Perancis.
Bagaimanapun foto tersebut tidak memaparkan wajah mereka kerana ia dirakam dari belakang.
![](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/song-joong-ki-dan-kim-tae-ri_169.jpg)
Pada 29 Oktober lalu, agensi Joong-ki iaitu Hight Zium Studio mengeluarkan kenyataan menafikan artis mereka menjalin hubungan cinta dengan Tae-ri.
“Gosip Song Joong Ki dan Kim Tae Ri bercinta adalah tidak benar, semua itu palsu,” katanya. – BOOM!