Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kekok Cakap Inggeris, Idan Tak Sangka Jadi Pelakon Pertama Muncul Di Netflix Antarabangsa

04/11/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Selebriti
Kekok Cakap Inggeris, Idan Tak Sangka Jadi Pelakon Pertama Muncul Di Netflix Antarabangsa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bintang remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah industri seni tanah air apabila menjadi pelakon pertama tempatan membintangi siri Netflix antarabangsa.

Menerusi drama 13 episod berjudul Mr Midnight: Beware The Monsters yang menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan 2021 itu, dia diberi kepercayaan membawa hero sebagai Tyar.

Idan menjadi pelakon tanah air yang pertama terlibat dalam siri Netflix antarabangsa.

“Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Jujurnya, tak pernah terbayang untuk sampai ke tahap ini dalam usia saya yang baru mencecah 17 tahun sewaktu tawaran diberikan. Alhamdulillah, rezeki saya.

“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan dapat peluang begitu. Rasa macam mimpi pun ada.

“Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah impian saya. Dapat pula berlakon dalam drama bergenre kesukaan saya iaitu seram.

Idan semasa sesi peggambaran siri Netflix baharu.

“Tipulah kalau saya cakap tak pernah impikan berlakon dengan produksi luar. Cuma tak sangka pula rezeki saya datang secepat ini,” ujarnya.

Remaja itu juga berkongsi rasa terujanya sementelah dapat bekerja di bawah tiga sutradara ternama dan pelakon handalan dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee-Wei Chai.

Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.

Bukan itu sahaja, Idan akui rasa bertuah dapat bekerjasama dengan Caleb Monk, Chen Yixin dan Nikki Dekker yang merupakan pelakon popular Australia.

Idan mengatakan bahawa dia bukan sahaja menerima ilmu lakonan malahan banyak yang diperoleh.

 

“Ini adalah satu kenangan manis dan takkan saya lupakan. Dalam usia yang muda dapat bekerja dengan individu terkenal di pentas antarabangsa, semestinya ia satu pencapaian yang tak terjangkau dek akal.

“Selain pengarah dan gandingan pelakon yang mantap, budaya kerja juga amat berbeza. Saya bukan saja belajar tentang lakonan, bahkan turut menimba ilmu kemahiran berkaitan kerja-kerja teknikal.

“Pendedahan itu secara tidak langsung membuatkan saya mudah faham keseluruhan jalan cerita,” ujarnya.

Tidak pernah mengambil kelas bahasa Inggeris secara formal, namun Idan bertuah kerana mampu menguasainya memandangkan ibunya sering menggalakkannya dari kecil menonton program televisyen berbahasa asing.

“Cuma pada awal penggambaran saya agak kekok kerana pengarah dan semua kru bercakap dalam bahasa Inggeris.

Idan menyatakan pada mulanya dia berasa kekok semasa awal penggambaran.

“Sebelum masuk set Mr Midnight, bertali arus saya jalani penggambaran filem Melayu. Jadi bila tiba-tiba kena bercakap bahasa Inggeris, memang terkejut. Tak lama selepas itu baru okey,” akuinya.

Bercerita lanjut tentang keistimewaan watak digalasnya dalam siri adaptasi novel popular di Singapura itu, Idan mengatakan bahawa Tyar berupaya melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus disebabkan keturunan sebelah ibunya adalah dukun.

“Tyar yang berumur 17 tahun tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi tersebut. Bermacam-macam konflik timbul. Kalau nak tahu lanjut rintangannya berdepan dengan dunia ghaib, kenalah tonton nanti,” akhirinya berseloroh. – BOOM!

Previous Post

Tonjolkan Perwatakan Berbeza, The Sacred Riana 2: Bloody Mary Janjikan Keunikan Tersendiri

Next Post

[V] Pasangan Bawah Umur Dicekup Buat Kelakuan Tak Senonoh Dalam Tandas Masjid

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Jawa, Kira Melayu Juga Ke?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd