Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Enggan Dilabel Judika Malaya, Kabus Bukti Vokal Afif Tirmizie Unik – “Sampai Koyak Mata Saya…”

13/11/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Selebriti
[V] Enggan Dilabel Judika Malaya, Kabus Bukti Vokal Afif Tirmizie Unik – “Sampai Koyak Mata Saya…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berduet dengan Shila Amzah menyampaikan lagu Tentang Rahsia menggantikan Judika sewaktu Semi Final Muzik Muzik ke-35, Afif Tirmizie mula menjadi perhatian peminat industri muzik tempatan.

Dari saat itu, pembabitannya selama 12 tahun dalam arena seni tanah air mula dirasakan berbaloi biarpun ada pihak melabelkannya sebagai Judika Malaya dek penangan vokal diprsembahkannya.

Lagu terbaharu Afif, Kabus OST Halimunan.

Terbaharu, Afif tampil mempertaruhkan Kabus, sebuah karya ciptaan penuh Amylea Azizan untuk melatari filem Halimun yang sedang ditayangkan di Astro First.

“Saya amat berterima kasih kepada penerbit filem ini atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk menyanyikan lagu tema Halimun lakonan Beto Kusyairy dan Nabila Huda.

“Liriknya pun sangat bersesuaian dengan jalan cerita Halimun, kisah seorang suami yang amat menghargai dan menyayangi isterinya, malah tidak sanggup kehilangan wanita tersebut,” katanya menghargai pihak produksi Azura Pictures.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Bercerita pengalamannya menjalani penggambaran klip video Kabus, Afif mendedahkan matanya berdarah akibat terkena bucu almari ketika menjayakan babak tarian.

Katanya, dia dikehendaki memakai kanta lekap berwarna putih, sekali gus menjadi buta, namun pada masa sama perlu menari.

“Ketika menari, saya sepatutnya melakonkan aksi rebah dan terjatuh, tetapi disebabkan mata yang tak nampak, terjadilah insiden yang tak diingini.

“Masa saya rebah tu, terkena pula bucu kabinet yang terdapat di situ sehingga membuatkan hujung mata terkoyak dan berdarah.

“Syukurlah kecederaan tak serius dan sudah pulih sepenuhnya tanpa ada sebarang kesan sampingan,” dedah Afif yang juga seorang guru vokal itu.

Menyentuh penyampaiannya dalam Kabus, Afif akui dia cuba membuktikan kredibiliti vokalnya yang tersendiri dan tidak mahu dibayangi Judika.

“Jujurnya saya bersyukur setelah ramai mula kenali saya selepas berpasangan dengan Shila di pentas separuh akhir Muzik Muzik pada 2020.

Afif menyatakan bahawa dia tidak mahu dibayangi Judika akan kemampuan vokalnya.

“Tetapi sebagai anak seni sejati, saya mahu cipta jenama sendiri dengan menyerlahkan keunikan yang dimiliki.

“Mana-mana penyanyi pun tidak akan selesa jika dia disamakan dengan individu lain, sama juga seperti saya,” ulas Afif menyuarakan pendirian di samping mengakui Judika adalah penyanyi yang berkaliber dan auranya sangat gah.

Justeru, Afif berharap Kabus dapat diterima baik oleh semua pihak dan memasang impian untuk ke pentas berprestij menyampaikan lagu tersebut berdasarkan keupayaannya bergelar penyanyi profesional. – BOOM!

Previous Post

[V] “Dah Macam Orang Berpantang Pula” – DJ Lin Akur Nasihat Doktor, Henti Makan Daging Dan Susu

Next Post

“Sedikit Pun Saya Tak Kecewa” – Baru Dipilih Jadi Hos Muzik-Muzik, Muaz Anggap Rezeki Anak

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd