Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Selebriti Popular Meriahkan DXN Cyberville Car Boot Sale – “Dapat Duit, Tambah Peminat”

07/12/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Selebriti Popular Meriahkan DXN Cyberville Car Boot Sale – “Dapat Duit, Tambah Peminat”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Barisan selebriti popular seperti Izreen Azminda, Wanna Ali, Syed Ali, kumpulan BSD, Lan Solo, Issey Fazlisham, DJ Lin Suria FM dan Adzrin Azhar bakal memeriahkan acara Car Boot Sale yang julung kali diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya.

Acara yang dianjurkan oleh DXN Lifestyle itu bakal berlangsung pada Sabtu ini bermula pukul 10 pagi sehingga 8 malam.

Menurut pelakon Izreen Azminda yang turut serta sebagai peniaga, acara seperti ini cukup menarik kerana dapat mendekatkan dirinya bersama peminat.

“Saya akan menjual pakaian preloved seperti blouse dan juga baju kurung yang ada antaranya masih belum dipakai.

“Sebelum ini saya pernah menjual pakaian menerusi Instagram dan sambutannya amat menggalakkan. Jadi, acara ini memang sangat ditunggu-tunggu.

“Jika di Instagram tidak dapat bertemu secara terus dengan pembeli, tetapi di Car Boot Sale ini pembeli dapat melihat sendiri pakaian yang ingin dibeli,” ujar Izreen.

Sementara itu, penyanyi Lan Solo yang akan turut serta bersama perniagaannya Solo Borneo Mart begitu teruja untuk bertemu peminat dan pelanggan.

Kata Lan, menerusi acara ini Solo Borneo Mart yang menjual produk dari Sabah dan Sarawak akan lebih dekat dengan pelanggan setia serta baharu.

“Kami buka perniagaan ini untuk memberi kemudahan kepada anak borneo menghilangkan kerinduan terhadap makan tradisi.

“Menerusi acara ini, selain pelanggan setia ia juga dapat membuka ruang untuk pelanggan baru mencuba produk kami.

“Ini kerana kami sering mendapat permintaan daripada mereka yang tidak pernah mencuba produk dari borneo tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.

“Jadi, jangan buat mereka di luar sana jangan lepaskan peluang datang beramai-ramai ke acara ini,” jelas Lan.

Dalam pada itu, bekas ahli VE yang kini ingin dikenali sebagai BSD (Bukan Sesiapa Dowh) melihat acara ini sebagai peluang untuk mengaktifkan kembali perniagaan mereka.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami memang berniaga, kemudian semuanya terhenti kerana penularan virus Covid-19.

“Oleh demikian, acara seperti ini dilihat sebagai satu peluang yang bagus untuk kami kembali berniaga,” tutur Fakhiz BSD.

Selain itu, pelakon Wanna Ali bersama ibunya penerbit Datuk Ayu Puteh pula akan memeriahkan acara bersama produk keluaran mereka iaitu Wanders Exclusive Hijab yang cukup popular dalam kalangan pekerja badan beruniform.

Selain jualan pelbagai barangan dan makanan, acara Car Boot Sale tersebut juga bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan dan kemunculan pelakon yang sedang meningkat naik Hariz Hamdan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak hadiah dan barangan untuk dimenangi menerusi kuiz Teka dan Menang, manakala buat seisi keluarga, acara kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, lukisan wajah (face painting), seni pasir (sand art) menanti pemenang.

Mari beramai-ramai memeriahkan acara Car Boot Sale di DXN Cyberville, Cyberjaya pada Sabtu ini seawal jam 11 pagi. – BOOM!

Previous Post

Tan Sri Michelle Yeoh Diangkat Sebagai Icon Of The Year 2022 Oleh Redaksi Majalah TIME

Next Post

Jasmine Suraya Seronok Pelajari Agama Islam – “Bila Dah Ada Pegangan, Rasa Lebih Selamat”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • [V] “Yang Gila Itu Saya!” – Janna Nick Tepis Tuduhan Hina Fazura

    [V] “Yang Gila Itu Saya!” – Janna Nick Tepis Tuduhan Hina Fazura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amber Heard Umum Kelahiran Kembar, Netizen Kaitkan Dengan Elon Musk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Priyanka Chopra Sambut Hari Ibu Secara Sederhana Bersama Nick Jonas & Malti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Talita Curi Tumpuan Di Konsert Singapura, Suara Makin Matang & Merdu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ratu Antagonis Kini Wanita Baik! Dinda Kanyadewi Tampil Berbeza Dalam DASIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Konsert GenKRU Raih Dua Pengiktirafan MBR!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Yang Gila Itu Saya!” – Janna Nick Tepis Tuduhan Hina Fazura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Buka Aib Keluarga, Ibu Puteri Balqis Dedah Perbuatan Jenayah Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Benny Blanco Didakwa Curang, Selena Gomez ‘Unfollow’ Rakan Baik Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Gila Ya, Gila Ya!” – Maxime Bouttier Tak Sangka Luna Maya Kini Jadi Isterinya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Luna Maya & Maxime Bouttier Selamat Bernikah, Tapi Ini Pendedahan Mengejut Daripadanya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Yang Gila Itu Saya!” – Janna Nick Tepis Tuduhan Hina Fazura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ruhainies Reveals Why She Doesn’t Clap Back At Haters On IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘If I Wanted To Snag A Rich Guy, I’d Have Done It Long Ago’ – Diana Danielle Claps Back At Netizen’s Snarky Comment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amber Heard Umum Kelahiran Kembar, Netizen Kaitkan Dengan Elon Musk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jefri Nichol Cium Kaki Ameera Khan, Romantis Atau Terlebih?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Memang Saya” – Saiful Apek Akui Dirinya Individu Ditahan Polis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ayash Nak Jadi Abang Ke?” – Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Yang Nak Lihat Saya Jatuh” – Aina Abdul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dituduh Menipu Luka Dicakar, Dr Raihana Tampil Pertahan Cik Epal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Luna Maya & Maxime Bouttier Selamat Bernikah, Tapi Ini Pendedahan Mengejut Daripadanya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Abadi Mengaku Silap Buka Aib, Terharu Dengan Kata-Kata Norman Hakim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd