Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Adik Sahkan Emilia Hanafi Didera SM Faisal, Kena Lempar Pinggan Dan Dihentak Di Lantai

08/12/2022
Adia Mohdoleh Adia Mohd
in Ekstra, Selebriti
Adik Sahkan Emilia Hanafi Didera SM Faisal, Kena Lempar Pinggan Dan Dihentak Di Lantai

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi selama empat tahun dari 2011 secara berterusan.

Saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Emilia yang juga kakaknya, namun meminta perkara itu dirahsiakan daripada orang lain.

BACA: Nafkah RM6,000 Sebulan Tak Cukup, Bekas Isteri SM Faisal Jual Kerepek Tampung Hidup

Emilia Hanafi

Elisa Nani juga mengesahkan ada menerima gambar menerusi aplikasi WhatsApp daripada Emilia yang menunjukkan bukti dipukul oleh ahli perniagaan itu pada 20 Oktober 2015.

“Selepas menghantar gambar kesan lebam di paha dan tangan bersama kad hari jadi yang diberikan oleh Emilia kepada Faisal pada 8 malam, saya bertanya kepada kakak apa yang berlaku.

Elisa Hanafi Adik Kepada Emilia Hanafi.

“Emilia memberitahu Faisal tiba dari luar negara antara 2 hingga 3 petang. Kakaknya serta Fawwaz (anak mereka) pergi ke lapangan terbang untuk menjemput Faisal sebagai kejutan.

“Setibanya di rumah, Emilia masak makanan sihat iaitu salmon dengan sos lemon, avocado, buah zaitun dan bayam kerana tahu Faisal sedang berdiet.

BACA: SM Faisal Dan Caprice Cuba Selesaikan Kes Saman Secara Baik Sebelum Perbicaraan

“Apabila makanan dihidangkan, Faisal melempar pinggan ke arah Emilia dan ia berkecai.

SM Faisal bersama Amilia Hanafi

“Faisal juga campak Emilia ke lantai beberapa kali, selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga, supaya Emilia tidak boleh masuk,” katanya ketika membaca pernyataan saksi.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini, antara 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun yang sama serta boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Elisa Nani berkata, talian telefon bimbit disekat menyebabkan Emilia hanya bergantung kepada WiFi untuk menggunakan Internet pada 2015.

SM Faisal juga didakwa melarang Emilia meninggalkan rumah, menyebabkan dua beradik itu hanya berkomunikasi melalui WhatsApp.

BACA: Didakwa Cuma Beri Nafkah RM6,000 Sebulan Untuk Anak-anak, SM Faisal Tepis Tuduhan

“Beberapa kisah menyenangkan dikongsikan adalah Emilia dan Faisal keluar melakukan aktiviti sebagai keluarga dan membuat projek sekolah anak, selain mengenai menu harian memandangkan kakaknya suka memasak yang menjadi antara hobi dia.

“Cerita yang tidak menyenangkan ketika Faisal berada di rumah. Sebagai contoh, Emilia terpaksa mematikan telefon atau meletakkannya dalam mod senyap serta menyembunyikannya.

“Emilia memberitahu jika Faisal melihatnya menggunakan telefon, ia akan dirampas dan dicampak atau dipecahkan di atas lantai seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 5 Januari hadapan. – BOOM!

Sumber: Harian Metro

 

Previous Post

Hampir Setahun, Baru Sekarang Anim Ezati Akui Sudah Bercerai – “Demi Nak Elak Fitnah”

Next Post

[V] Ikhmal Nour Duduki Tangga Teratas Bagi 10 YouTuber Lelaki Paling BOOM! Diikuti Oleh Ammar

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd