Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] “Kami Pernah Hidup Sama Sehingga 2009” – Penjara Punca Hubungan Fuad Dan Tom Putus

09/12/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Eksklusif, Selebriti
[V] “Kami Pernah Hidup Sama Sehingga 2009” – Penjara Punca Hubungan Fuad Dan Tom Putus

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mungkin ada yang terkejut, tetapi tidak kurang juga yang sudah dapat menghidu hubungan cinta antara dua bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) iaitu Fuad Rahman dan King Tom.

Menariknya, kedua-dua mereka mengambil keputusan dan mengaku memang masing-masing sedang dilamun cinta dan menuju ke arah ikatan yang sah.

BACA: [V] ‘Tom Bukan Perampas!” – Fuad Beri Amaran Kepada Pihak Yang Cuba Keruhkan Keadaan

“Sebenarnya ini bukan ikatan baharu, kami sudah kenal dan bergelar kekasih sejak saya mula mencari rezeki di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sekitar tahun 2005.

“Jujurnya kami pernah duduk bersama sehingga tahun 2009 ketika saya ditahan akibat kes dadah. Saat itu hubungan kami terputus,” akui Fuad yang berasal dari Singapura.

Katanya, dia rasa bersalah dan risau kerana terpaksa meninggalkan Tom ketika itu, sedangkan selama mereka berhubungan, dia yang menanggung teman wanitanya itu.

BACA: “Tatu Saya Banyak, Macam Blackboard” – Fuad Sesali Kisah Silam, Tak Nak ‘Jahat’ Lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Tambah Fuad, GV-9 menjadi detik pertemuan semula dua hati menjadi satu antaranya dengan Tom yang nama sebenarnya Raja Farah Afzal, 36.

“Saya terkejut bila kami bertentang mata. Saya yakin ini peluang untuk saya menebus kesilapan lalu terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Fuad, 43 juga menolak dakwaan Tom menjadi punca perkahwinan kali keduanya menemui kegagalan dan bakal sah bercerai dalam masa dua minggu lagi.

Dia berkata, rumah tangga yang dibina sejak enam bulan lalu memang sudah tidak boleh diselematkan dan mencapai persetujuan untuk berpisah.

Pertemuan Fuad dan Tom di Gegar Vaganza menjadi punca cinta mereka berputik kembali.

“Saya jumpa Farah (panggilan Fuad pada Tom) selepas hubungan dengan bekas isteri bermasalah. Jadi tidak timbul dia sebagai punca,” katanya.

Sementara itu, Tom berkata dia menganggap pertemuan semula dengan Fuad ialah peluang mereka melengkapkan semula kisah cinta yang terpisah sejak 12 tahun lalu.

Tom turut berharap kehadiran semula Fuad dalam hidupnya dapat memberi semangat kepadanya memulakan kehidupan baharu selepas diduga dengan pelbagai cabaran sebelum ini.

“Kita semua tahu kisah dia pernah keluar masuk penjara akibat dadah. Dia juga baru sahaja bercerai. Jadi saya tak mahu dia hilang semangat.

“Semoga kehadiran saya dapat memberi sedikit sokongan,” katanya.

Ditanya tentang perkahwinan, Tom memberitahu perkara tersebut belum dibincangkan memandangkan hubungan mereka juga masih baharu.

Bagaimanapun kata Tom, dia sudah membawa anak-anak berjumpa dengan Fuad dan bakal bertemu keluarga Fuad di Singapura tidak lama lagi.

Tom menyatakan bahawa bakal berjumpa dengan keluarga Fuad di Singapura.

“Kami sama-sama single, tak salah untuk bercinta. Soal kahwin itu tunggu sahaja. Just follow the flow,” katanya.

Fuad turut senada dengan Tom dalam hal perkahwinan dan mengakui memang merancang ke arah itu.

“Perancangan untuk berkahwin itu tentulah ada tetapi buat masa ini biarlah kami fokus kepada karier masing-masing terlebih dahulu,” katanya.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwian tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata.

Manakala bagi Fuad, menerusi perkahwinan pertama dia didikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun. – BOOM!

Previous Post

Sempat Kahwin Dua Hari | PU Azman Tenang | Kostum Gunung Kinabalu | On Air Atas Kapal

Next Post

Shuib Minta Netizen Jejak ‘Kembar’ Terpisah – “Kenal Tak Abang Ni? Tolong Tag Nama Dia”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd