Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

DJ Lin Sering Terfikir Untuk Temani Arwah Ibu, Mohon Maaf Jika Pernah Sakiti Hati Sesiapa

13/12/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
DJ Lin Sering Terfikir Untuk Temani Arwah Ibu, Mohon Maaf Jika Pernah Sakiti Hati Sesiapa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kehilangan insan tersayang dalam hidup terutamanya ibu kandung sendiri pasti perit untuk dilalui bagi sesiapa sahaja di dunia ini.

Hilangnya seorang ibu, maka putuslah doa yang paling mustajab buat insan yang bergelar manusia. Keperitan itu turut dirasai oleh penyampai radio terkenal, DJ Lin apabila telah kehilangan ibunda tercinta iaitu Allahyarham Hajah Puteh Jantan beberapa bulan lalu.

Biarpun merupakan anak ketujuh dari 10 orang adik beradik, namun DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 47, mengakui bahawa dia antara yang paling rapat dengan arwah ibunya.

DJ Lin bersama ahli keluarga tercinta.

“Kami punya hubungan sangat lain berbanding adik beradik yang lain. Terkadang saya sering terfikir bagaimana keadaan arwah ibu saya di sana. Saya sering cakap pada diri saya orang nak ikut mak. Itu antara harapan saya sebenarnya. Saya tak kisah andai Allah makbulkan permintaan ini. Saya nak teman mak saya.

“Saya rasa apa yang saya lalui di dunia ini sudah cukup. Anak-anak pun sudah besar dan saya sudah berikan yang terbaik untuk mereka. Tinggal mereka cuma perlu terus berjuang dalam hidup. Saya sudah tiada apa-apa lagi untuk dikejarkan di dunia ini.” ceritanya sebak menahan rindu yang teramat dalam.

Namun kata DJ Lin, perasaan sedih yang menyebulungi hidupnya ini bukanlah bermakna dia sudah tidak mahu meneruskan hidup di dunia ini lagi. Kerana dia tetap berpegang teguh dan percaya dengan ketentuan ilahi.

Ibu kepada DJ Lin telah disahkan meninggal dunia pada 24 Jun 2022.

“Bukan nak kata saya tak cukup kuat untuk mengharungi dugaan ini, tetapi disebabkan hubungan saya dengan arwah ibu sangat rapat sehingga menyebabkan saya terasa ingin menemani dia di sana. Bukan sebab saya dah tak terdaya nak berhadapan dengan dugaan hidup. Selagi kita bernyawa, dugaan tetap ada,” ujarnya.

Biarpun kini ibunya sudah tidak lagi bersamanya di dunia ini, namun DJ Lin bersyukur dia menerima cincin peninggalan arwah ibunya yang dipakainya sejak hari ibunya meninggal dan belum pernah ditanggalkan sehingga hari ini.

“Ini adalah satu-satunya cincin peninggalan arwah ibu saya. Walaupun saiznya sedikit besar, tetapi saya tetap nak pakai. Bila pakai cincin ini saya anggap arwah ibu berada dekat dengan saya.
“Kami bukanlah keluarga yang berharta. Ibu saya cuma tinggalkan dua bentuk cincin belah rotan sahaja. Tetapi arwah telah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia minta agar dua bentuk cincin ini diberikan kepada orang yang memandikan jenazahnya nanti.

“Kebiasannya orang yang memandikan jenazah ada dua orang. Tetapi sewaktu hari ibu saya meninggal, yang datang cuma seorang kerana seorang lagi tak dapat datang kerana ada hal.

“Jadi adik beradik saya yang lain berpakat supaya sebentuk lagi cincin yang tinggal itu untuk diberikan kepada saya kerana mereka tahu saya sangat rapat dengan arwah ibu.

Cincin tersebut merupakan peninggalan arwah ibu DJ Lin.

“Saya rasa sungguh terharu kerana ada juga peninggalan arwah ibu yang boleh saya simpan. Biarpun jasadnya sudah tiada, tetapi apabila saya pakai cincin ini, saya rasa semangatnya bersama saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat,” kongsinya.

Luah pengurus stesen radio Suria FM ini lagi, dia memohon maaf kepada sesiapa sahaja andai pernah terasa hati dengan perilakunya sebelum ini.

“Selagi diberi kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya ada buat salah dengan mereka. Saya tahu saya bukan orang yang baik. Kadang-kadang kita teremosi. Kesihatan juga tak menentu. Jadi saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh kita nak mati dalam keadaan yang tenang,” luahnya.

DJ Lin akan meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio Suria FM.

Kata DJ Lin lagi, selagi hayatnya masih dikandung badan, dia akan tetap meneruskan perjuangan mengemudikan stesen Suria FM.

“Walau apa pun yang berlaku saya akan tetap perjuangkan Suria FM. Biarpun stesen radio kami pernah menjadi bahan umpatan dan perli. Tambahan pula ‘ranking’ Suria FM kini naik ke tangga ketiga. Pasti akan ada pihak yang tidak akan senang duduk. Tetapi saya akan sentiasa ingat pesanan arwah ibu supaya tidak mempedulikan apa yang orang lain kata,” ujarnya.

Selama menjadi penyampai radio sejak 2007, DJ Lin pernah merangkul pelbagai kejayaan termasuklah memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular sebanyak tiga kali dan dipilih sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai oleh majalah antarabangsa, Reader’s Digest sebanyak dua kali. – BOOM!

Previous Post

“Ini Satu Kebodohan” – Fazley Yaakob Tak Setuju Gimik Prank Demi Raih Publisiti

Next Post

Diam-diam Cerai | Nourul Cerewet Buat Reviu | Kerja Bodoh Pempengaruh | Temani Arwah Ibu

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd