Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kes Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Akui Terkesan – “Akan Pastikan Saya Clean & Sober!”

16/12/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
Kes Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Akui Terkesan – “Akan Pastikan Saya Clean & Sober!”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui kes dituduh pukul bekas isteri yang pernah menjadi tajuk berita beberapa bulan lalu memberi kesan buruk terhadap kariernya sebagai seorang selebriti.

Malah kes ini turut memberi kesan ke atas penerbitan album barunya yang sedang dalam pembikinan ketika kes itu berlaku.

“Pukul bekas isteri itu adalah satu tuduhan yang sangat besar dan berat. Terus terang cakap memang saya ‘gila’ sekejap disebabkan hal ini. Tetapi nak buat macam mana, saya terpaksa lawan balik secara profesional dengan mengupah peguam. Saya akan pastikan saya lawan sampai menang.

“Kalau benar saya pukul pasti saya akan mengaku, senang cerita. Masalahnya saya tak pukul. Ada perkara yang saya tak boleh nak cerita kepada umum. Saya akan serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk selesaikan.

“Tetapi saya masih berharap dan mohon Allah lembutkan hati dia (bekas isteri) untuk tarik balik kes ini kerana jika kes ini masuk mahkamah nanti, banyak aib yang akan terbuka. Jika boleh diselesaikan di luar mahkamah lebih baik,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert 30 Tahun OAG Generasiku.

Katanya lagi, disebabkan kes ini, ramai yang telah memandang serong terhadapnya termasuklah peminatnya sendiri.

“Ada peminat yang masih ragu-ragu dengan saya. Tetapi bila saya terangkan kepada mereka baru mereka mula percaya.

“Tetapi kepada siapa yang tak percaya tu, saya tak salahkan mereka. Kes pun belum selesai lagi. Saya pun tak boleh nak kata yang saya betul atau salah. Tetapi saya nak pastikan yang saya nak bersihkan nama saya.

“Jika saya bersalah pasti saya akan mengaku kerana saya jenis yang ‘open’. Saya tak pernah nak ‘cover’ termasuklah dengan media,” katanya.

Ditanya adakah dia merupakan seorang yang panas baran dan mudah mengangkat tangan kepada wanita, kata Radhi dia juga manusia biasa yang punya sifat marah, tetapi tidak akan sesekali memukul orang lain jika bukan untuk pertahankan diri.

“Saya belajar seni mempertahankan diri. Orang yang belajar seni pertahankan diri ini dia tidak akan suka-suka nak pukul orang melainkan dia nak pertahankan diri.

“Mungkin saya ada sikap panas baran, paling-paling kalau saya marah pun saya akan tumbuk dinding. Sebagai seorang manusia dan lelaki saya juga ada sifat marah. Tetapi kalau sampai nak pukul depan orang ramai, depan anak-anak, saya masih waras lagi.

“Walaupun orang kata saya ‘stoned’ ke apa saya tak kira, tetapi saya tak akan buat perkara seperti itu (pukul bekas isteri),” luahnya.

Kongsi Radhi lagi, biarpun hubungannya dengan bekas isteri tidak baik, namun dia masih baik dengan bekas ibu mentuanya.

“Saya berhubung dengan mak dia sahaja. Saya dengan mak dia masih tak putus hubungan. Pada mak dia saya banyak luahkan perasaan,” katanya yang akan ke mahkamah pada Februari tahun hadapan.

Bercerita mengenai konsert sulung OAG selepas 30 tahun penubuhannya, kata Radhi, dia bersyukur dan gembira kerana akhirnya impian mengadakan konsert sendiri terlaksana.

Lebih menarik konsert ini bakal mengabungkan semula semua anggota asal dan baharu OAG termasuklah Qi Razali yang kali terakhir bersama OAG pada tahun 1999.

Ditanya tentang persediaan menghadapi konsert yang bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Disember ini, kata Radhi sebulan sebelum konsert merupakan perjuangan baginya untuk ‘membunuh’ syaitan yang ada dalam diri.

“Kesihatan yang paling saya utamakan sekali. Saya akan lakukan pembedahan katarak mata sebelum konsert. Usia saya pun dah 45 tahun, jadi tak adalah nak melompat-lompat sangat. Saya rasa kali ini saya mahu tumpukan pada vokal saya,” kongsinya.

Tidak menafikan mungkin ada yang akan ragu-ragu dengan dirinya untuk mengadakan konsert tatkala kes yang membabitkan dirinya masih berjalan, malah ada juga pandangan serong tentang dirinya yang dikatakan sering lalok, kata Radhi dia akan cuba sehabis baik untuk melenyapkan semua anasir-anasir jahat itu.

“Sebab itu saya katakan dalam tempoh sebulan ini merupakan the most crucial time for me untuk lawan dengan kejahatan ini.

“Saya sering memohon kepada Allah untuk berikan kekuatan dan sering berselawat. Untuk konsert 30 tahun ini saya akan pastikan saya clean and sober kerana saya percaya jika saya berada dalam keadaan yang baik, aura itu akan lebih terpancar dan peminat juga akan terhibur dengan persambahan kami,” ujarnya. – BOOM!

Previous Post

Bergelar Jutawan Selepas Jual Tudung, Aktres Popular Disaman Rakan Niaga Sebab Lupa Diri

Next Post

“Giliran Saya Pakai ‘Cape’ Dah Berakhir”  – Henry Cavill Sah Bukan Lagi Adiwira Superman

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dicop Sengaja Tunjuk Buntut, Janna Nick Jelaskan Hal Sebenar – “Bukan Saja Nak Tayang!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Jawa, Kira Melayu Juga Ke?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd