Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Atu Zero Luaskan Penghantaran Kain Kafan Ke Perkampungan Orang Asli Di Perak Dan Pahang

23/12/2022
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra
Atu Zero Luaskan Penghantaran Kain Kafan Ke Perkampungan Orang Asli Di Perak Dan Pahang

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ramai sedia maklum bahawa Atu Zero giat menyalurkan bantuan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah di sekitar kampungnya yang terletak di Kudat, Sabah.

Bantuan disediakan bukan sahaja terdiri daripada kain kafan, malah Atu atau nama penuhnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, turut mengambil inisiatif membeli van bagi menyempurnakan tujuan tersebut.

Berkongsi perkembangan terkini, Atu berkata, van yang dibeli pada tahun lalu sudah pun siap melalui proses ubah suai menjadi kenderaan membawa jenazah sebelum dihantar ke Kudat.

“Alhamduillah, akhirnya impian saya direalisasikan. Van sudah siap jalani proses pengubahsuaian yang dilengkapkan tempat mandian jenazah supaya sistem pengurusan lebih teratur.

“Rasa macam mimpi. Saya memang rasa sangat gembira walaupun orang nampak klise. Apapun, saya bersyukur kerana urusan kami dipermudahkan,” katanya teruja.

 

 

BOOM! juga sempat bertanyakan tentang perkongsian isterinya, Shafeeqa Johari di media sosial mengenai rancangan mereka menghantar bekalan kain kafan ke beberapa perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

“Niat saya hanya ingin membantu dan bersama-sama mereka dalam menguruskan jenazah. Kebanyakan Orang Asli susah untuk membeli kain kafan kerana penempatan mereka jauh di pedalaman.

“Insya-Allah, tidak lama lagi kami akan hantar stok kain kafan ke beberapa lokasi di Bera dan Chini, di Pahang serta Chemor di Perak.

“Semuanya untuk kegunaan saudara baharu yang mahu mempelajari cara-cara menguruskan jenazah dengan sempurna menerusi program-program percuma anjuran NGO.

“Saya berharap dapat mengumpulkan lebih banyak dana untuk menambah bilangan set pengurusan jenazah untuk diserahkan kepada masyarakat Orang Asli di negeri-negeri lain pula. Doakan impian saya tercapai.

“Buat masa sekarang, hanya bantuan kecil ini yang mampu saya ikhtiarkan buat sahabat-sahabat se-Islam. Nak beli satu lagi van belum mampu, namun saya berdoa masanya akan tiba.

“Semoga lebih ramai antara kita hulurkan bantuan kepada mereka. Mungkin mereka tak minta, tetapi keprihatinan yang kita tunjukkan amat berharga buat mereka,” ujar Atu sambil mengajak para peminatnya melakukan amal jariah. – BOOM!

Previous Post

Kahwin Hujung Minggu Ini, Reen Rahim Tak Takut Saham Jatuh – “Rezeki Ada Merata-rata!”

Next Post

Yusof Haslam Hairan Tindakan Syamsul Saman JAWI – “Harap Dia Tidak Keruhkan Keadaan”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd