Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Dilabel Artis Paling Mudah Didekati, Respons Khai Bahar – “Sebab Saya Tak Nak Masalah”

29/12/2022
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Eksklusif, Selebriti
[V] Dilabel Artis Paling Mudah Didekati, Respons Khai Bahar – “Sebab Saya Tak Nak Masalah”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi popular, Khai Bahar menegaskan, dia seorang yang tidak suka mencari masalah dengan orang lain.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, enam tahun bertapak dalam industri hiburan memberikan banyak pengalaman berharga buat dirinya.

“Saya sendiri pun memang jenis orang yang tidak suka ada masalah dengan orang lain. Jadi saya akan tetap begini, sentiasa ingatkan diri supaya kekal begini,” katanya.

Khai memilih hero Dr Strange bagi sesi makan malam bersama peminatnya.

Dia berkata demikian bagi mengulas tanggapan umum terhadapnya yang dilabel artis paling mudah didekati, malah bersih daripada dilanda kontroversi.

Selain itu, Khai ketika ditemui pada majlis makan malam dan ramah mesra bersama ahli kelab peminat Khai Bahar Empire (KBE) di Kuala Lumpur memberitahu, acara tahunan tersebut dianjurkan kembali selepas dua tahun ditangguhkan.

Bertemakan adiwira dan watak filem popular, Khai pada malam tersebut kelihatan segak menggayakan kostum Dr Strange daripada Marvel Studios.

“Tahun ini kita buat kelainan sikit dan semua bersetuju untuk tampil dengan tema ini. Terima kasih kepada ahli KBE yang datang termasuk dari Singapura dan Indonesia.

“Jumlah semuanya lebih daripada 300 orang dan semuanya sporting datang dengan memakai kostum masing-masing.

Antara peminat Khai yang sentiasa memberinya sokongan.

“Saya sendiri memilih watak Dr. Strange kerana saya pun memang sangat minat dengan watak ini. Bila lagi nak jadi Dr Strange kan?” katanya ketawa.

Mengulas mengenai hubungan rapat yang terjalin di antara dia dan peminat, Khai berkata tidak ada rahsia cuma dia sentiasa cuba untuk menghargai mereka yang telah banyak menyokong.

“Tanpa mereka siapalah saya. Apapun kejayaan saya capai sekarang, kebanyakan besar datang daripada pertolongan mereka.

Khai menyatakan bahawa peminatnya banyak membantu sepanjang kerjayanya.

“Dari dulu, saya ingin sentiasa rapat dan cuba menghargai setiap peminat sebaik mungkin.

“Kalau lebih kerap jumpa, saya lebih suka. Akan tetapi kesibukan jadi penghalang utama,” katanya akur.

Dalam perkembangan lain, Khai turut mendedahkan sedang dalam persiapan untuk single terbaharunya yang merupakan lagu duet bersama Nabila Razali. – BOOM!

Previous Post

Punca Aktres Maut | Rumah Dubai Siti | Hero Cina Terbaharu | Salman Tak Minat Wanita

Next Post

“Awesome TV Memang Awesome!” – Berjaya Raih Anugerah Best In Consumer Satisfaction

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ditegur Netizen Lepas Buat Hidung, Nur Sajat Jelaskan Sebab Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd