Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ya, Dia Jejaka Dari Seberang…” – Faham Silibus Industri, Aisha Retno Terbuka Bicara Soal Cinta

31/12/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
“Ya, Dia Jejaka Dari Seberang…” – Faham Silibus Industri, Aisha Retno Terbuka Bicara Soal Cinta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

\’Penyanyi baharu meningkat naik, Aisha Retno membuktikan dirinya antara pelapis terbaik industri tanah air.

Ini kerana, Aisha bukan sahaja mempunyai bakat besar, malahan dia dilihat semakin faham dengan realiti dunia hiburan.

Bertemu dengannya baru-baru ini, cik bunga berusia 22 tahun itu tenang menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya termasuk membabitkan hal peribadi.

Dia pantas memahami silibus dunia hiburan dengan baik dan faham tugas masing-masing dalam menyuntik warna ke atas kanvas seni seseorang artis itu.

Aisha menyatakan bahawa beliau tidak akan menyebut nama lelaki yang menambat hatinya itu.

“Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka dari Seberang dan kami berada pada fasa mengenali hati budi masing-masing. Saya selesa dengannya kerana kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.

“Selain soal perasaan, banyak juga benda lain dibincangkan bersama terutama hal-hal yang membabitkan minat dan pandangan dalam bidang ini,” katanya tanpa berselindung.

Aisha bagaimanapun meminta supaya tidak menyebut nama arjuna berkenaan dan berjanji andai semuanya tertulis sehingga ke ikatan jodoh, dia akan berkongsi kepada umum.

“Saya segan sebenarnya untuk cerita, tetapi begitulah. Lebih-lebih lagi bila depan ibu dan bapa saya yang turut hadir di sini,” katanya dalam sesi minum petang eksklusif anjuran Sony Music di Fly Me To KL.

Majlis itu bersempena lagu terbaharunya berjudul I Love Sadness More’ (ILSM) iaitu sekuel kepada single ‘W.H.U.T (Wanna Hold U Tight)’ yang mencatat lebih daripada 35 juta strim.

Lagu terbaru Aisha sekuel kepada ‘W.H.U.T (Wanna Hold U Tight)’.

Pemilik nama penuh Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam menambah, single ciptaannya itu mendapat ilham daripada mood muzik Madison Beer dan Ariana Grande, serta menyajikan halwa telinga pendengar dengan elemen lagu tema Disney sekitar 40-an dan 50-an.

“Ini satu lagi karya saya dengan gesekan biola kecil, hinggalah ke komposisi orkestra yang diseling dengan dram. Ia menceritakan sebuah rasa dan luahan hati seseorang mengenai cinta yang tidak kesampaian,” katanya.

Aisha berharap agar lagu terbarunya ini dapat menginspirasi para pendengarnya untuk terus kuat untuk maju ke hadapan.

“Saya benar-benar ingin mencurahkan segalanya menerusi ‘ILSM’ [untuk] berkongsi bersama-sama mereka di luar sana yang menyayangi itu tidak semestinya memiliki,” katanya.

Tambah penyanyi yang popular menerusi single Pencarianku, ‘ILSM’ secara amnya menggambarkan krisis dalaman seseorang yang cuba menangani memori masa dalam usaha memulakan masa depan lebih baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang berdepan dengan kisah cinta pada mujur masih muda.

Menerusi single itu juga Aisha mahu semua pendengar dapat menjadikan lagu berkenaan sebagai semangat dan suntikan untuk kuat serta meneruskan kehidupan walau apapun yang terjadi.

“Belajar memaafkan. Biarkan air mata ini menjadi benih untuk hari hari bahagia yang mendatang,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Lafaz Cerai Tiga Kali, Cat Farish Biar Mahkamah Tentukan – “Mungkin Tanpa Niat, Tengah Stres”

Next Post

Didakwa Miliki Kad Pengenalan Indonesia, Baby Shima Enggan Ulas – “Netizen Kan Serba Tahu”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd