Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Best Pula Lagu Ni…” – Suntikan Mak Yong Dalam Hip Hop Taruhan Unik Filsuf Dan Black Hanifah

21/01/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
“Best Pula Lagu Ni…” – Suntikan Mak Yong Dalam Hip Hop Taruhan Unik Filsuf Dan Black Hanifah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi rap Daly Filsuf dan Black Hanifah muncul dengan kolaborasi terbaharu yang pastinya akan memberi warna kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu Nafas Naga.

Menariknya, lagu Nafas Naga hasil ciptaan Filsuf dan lirik ditulis bersama Arisz Ab Rahman itu adalah sebuah lagu khas untuk runut bunyi filem Duan Nago Bogho yang mula ditayangkan pada 19 Januari lalu.

Sebagai pengenalan kepada filem tersebut, lagu dan video muzik terbitan Muhammad Zaki dan Filsuf di bawah syarikat rakaman Nova Music dilancarkan terlebih dahulu sebagai buah tangan istimewa buat peminat.

Daly Filsuf mula dikenali menerusi kumpulan Ahli Fiqir.

Filsuf yang juga dikenali sebagai Daly Ahli Fiqir berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu tersebut.

“Apabila penerbit filem menawarkan saya untuk menghasilkan lagu tema atau runut bunyi bagi filem terbitan syarikatnya, idea itu datang secara spontan.

“Selepas saya membaca jalan cerita filem ini, saya terus mula menulis bahagian korus. Selepas itu, saya perdengarkan kepada mereka dan mereka menyukainya.

“Namun, mereka minta saya untuk selitkan loghat Kelantan dalam lagu ini memandangkan filem itu berlatarkan kisah Mak Yong yang terkenal di negeri berkenaan. Ketika itu, saya juga dimaklumkan pihak mereka menjemput Black untuk menyanyi bersama dalam lagu ini.

Nafas Naga merupakan OST filem Duan Nago Bogho yang mula menjengah pawagam pada 19 Januari lalu.

 

“Secara keseluruhan, saya ambil masa dua hari untuk menghasilkan lagu ini. Pendek kata, lagu ini dibuat berdasarkan jalan cerita filem Duan Nago Bogho. Ia bergenre hip-hop dan diselitkan eleman tradisional sedikit,” katanya.

Menurutnya, lagu Nafas Naga adalah kerjasama sulung bersama Black biarpun sudah lama saling mengenali.

Filsuf berkongsi, proses rakaman dibuat secara berasingan iaitu dirinya di Singapura dan Black di Malaysia.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Black. Lagu ini kami rakamkan secara berasingan.

Percubaan kali pertama Black menyanyi dalam loghat Kelantan.

“Alhamdulillah, semuanya okay dan tak ada masalah. Cuma, selepas selesai proses rakaman ada beberapa bahagian yang perlu ditukar dan diperbaiki iaitu dari segi sebutan.

“Umum mengetahui, saya dan Black bukan anak jati Kelantan, jadi sebutan pada bahagian lirik loghat Kelantan itu pada awalnya kurang tepat dan tak kena. Disebabkan itu, kami perlu rakamkan semula bahagian berkenaan,” katanya.

Filsuf berkata dia teruja apabila pihak penerbit turut menyukai lagu Nafas Naga ini.

Sementara itu, Black berkata peluang bekerjasama dengan Filsuf sudah lama dinanti dan kesempatan diberikan itu tidak boleh dipersia.

“Sebenarnya, memang dari 2011 lagi saya sudah mengenali Filsuf. Malah, masing-masing ada hasrat nak berduet bersama. Jadi, bila dapat peluang bekerjasama, saya berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk duet bersama dalam sebuah projek di mana lagunya hasil ciptaan Filsuf sendiri,” katanya.

Black berkata proses rakaman yang dijalankan secara berasingan itu merupakan sesuatu yang agak janggal bagi dirinya.

“Pengalaman merakamkan lagu ini sangat berbeza. Sebab kami buat rakaman berasingan di tempat masing-masing. Keadaan semasa ketika itu masih tidak mengizinkan untuk bersemuka. Kiranya agak janggal dan susah sedikit.

“Saya terpaksa menggunakan pengalaman sendiri untuk ‘feel’ lagu ini.

“Kebiasaannya sewaktu proses rakaman lagu saya, semua komposer akan ada sekali untuk ‘guide’ rakaman itu. Tapi kali ini tidak,” katanya.

Dalam masa sama, Black berkata lagu Nafas Naga sesuatu yang istimewa buat diri dan kerjayanya.

“Saya bersetuju untuk menerima tawaran merakamkan lagu ini kerana lirik dan melodi yang berbeza dari genre lagu yang saya bawa sebelum ini. Lagu ini ada elemen Mak Yong dalam nyanyian saya.

“Untuk lagu ini, saya berharap dapat diterima ramai kerana ini merupakan lagu duet buat julung kalinya bersama Filsuf. Malah, lirik lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan tersendiri,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Nama Dipetik Hana, Isteri Pertama PU Abu Lapor Polis – “Sila Padam Jika Tak Nak Dikenakan Tindakan!”

Next Post

[V] Terus Martabatkan Lagu Warisan Dan Klasik, Belagu II Taruhan Terbaharu Dayang Nurfaizah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd