Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Vila ‘Glow In The Dark’ Di Langkawi Siap, Black Hanifah Teruja Tunggu Maklum Balas Penginap

01/02/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
[V] Vila ‘Glow In The Dark’ Di Langkawi Siap, Black Hanifah Teruja Tunggu Maklum Balas Penginap

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Black Hanifah, meluahkan rasa syukur apabila vila penginapan yang dibina di Langkawi, Kedah sudah bersedia menerima kunjungan tetamu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, dia juga teruja apabila impian untuk menjadikan vila itu sebagai yang pertama berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’ di Asia, menjadi kenyataan.

Dinamakan Rindu D’Villa Langkawi, Black berkata dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, buat kajian, dan teroka harga pasaran demi persiapan rapi mulakan projek terbabit termasuk pembaharuan ditampilkan.

“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan vila saya yang pertama perkenalkan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.

“Alhamdulillah, Rindu D’villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan ‘tetamu’ dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.

“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.

“Vila ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu,” katanya.

Ditanya mengenai idea untuk membina vila terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu, Black berkata ia tercetus ketika fasa endemik tahun lalu.

“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa endemik. Memandangkan saya memang ada perniagaan rumah sewa di Langkawi, kemudian terfikir untuk kembangkan lagi dengan membina vila pula.

“Pembinaannya dimulakan sekitar Oktober tahun lalu di mana saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.

“Saya pun banyak kali ulang-alik memandu kereta sendiri membawa barang binaan dari Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahan lagi kata Black, projek ini juga adalah sebahagian daripada perancangan masa hadapan keluarganya.

“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak beranak.

“Segala aset ini tidak lain memang saya nak kumpul untuk jaminan jangka masa panjang buat keluarga saya.

“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa jadi tarikan pelancong serta pilihan tepat untuk bercuti,” katanya yang kini berada di Langkawi bersama keluarga.

Menurut Black, dia juga sudah terlintas untuk menambah vila di sekitar lokasi terbabit pada masa hadapan.

Baginya ia pelaburan yang sangat penting untuk dimulakan sekarang untuk kesenangan di masa hadapan.

“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia untuk kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.

“Vila itu pun saya namakan sempena nama anak saya. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya. – BOOM!

Previous Post

[V] Ara Johari Dan Shaffiq Erwin Dipilih Sebagai Pasangan Famili Duo Paling BOOM!

Next Post

“Macam Hailey Tiru Selena Lepas Kahwin Bieber” – Gaya Puteri Sarah Dan Ira Kazar Jadi Ukuran

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Ada Hak Bersuara!” – Thalia Rasul Pertikai Kredibiliti Juri ATNMY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd