Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Status Representasi Sharnaaz Gugurkan Caj Cederakan Pengawal Keselamatan Diketahui 5 Mei

06/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti
Status Representasi Sharnaaz Gugurkan Caj Cederakan Pengawal Keselamatan Diketahui 5 Mei

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Majistret pada Isnin, menetapkan 5 Mei untuk mengetahui status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu.

Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, memaklumkan pihaknya akan mengemukakan representasi itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pihak pembelaan akan menghantar representasi itu kepada AGC. Oleh demikian, kami memohon satu tarikh untuk kami menghantar representasi tersebut dan menunggu keputusan (representasi) itu,” katanya semasa sebutan kes itu yang hadir bersama seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan hari ini dan perkara itu disahkan oleh peguam Mohamed Baharuden.

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui media, Abu Bakar berkata, pihaknya akan memfailkan representasi itu dalam masa dua minggu selepas meneliti segala dokumen berkaitan pertuduhan terbabit.

“Pihak kami akan memfailkan representasi itu dan draf representasi telah pun siap. Pihak kami antaranya memohon agar pertuduhan digugurkan atau memohon satu bon untuk anak guam jika dibenarkan,” kata peguam itu. – BOOM!

Sumber: Harian Metro

Previous Post

Setahun Diam Fokus Pengajian Undang-undang, Wani Kayrie Muncul Dengan Fajar – “Baru Ada Masa…”

Next Post

Foto Kaki Athira Yuhada Bersama Lelaki Tular, Pendedahan Nurul Shuhada Amat Mengejutkan!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd