Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] “Tindakan Ini Bukan Sebab Nak Panjangkan Isu, Tapi Sebagai Pengajaran” – Nadia Brian

10/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti
[V] “Tindakan Ini Bukan Sebab Nak Panjangkan Isu, Tapi Sebagai Pengajaran” – Nadia Brian

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Susulan insiden ditengking seorang ahli perniagaan di hadapan orang ramai baru-baru ini, pelakon Nadia Brian nekad untuk mengambil tindakan saman.

Nadia berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana hendak memanjangkan isu, tetapi sebagai pengajaran kepada semua supaya tidak sesuka hati memalukan orang lain semata-mata untuk mengejar bilangan penonton (views) di media sosial.

“Saya sudah membincangkan perkara ini dengan peguam saya dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Bukan saya nak panjangkan isu, tetapi mahu insiden ini diambil sebagai pengajaran oleh orang lain juga. Kalau saya biarkan, selepas ini sesiapapun yang nak buat ‘content’ akan sesuka hati biadab dengan orang lain.

“Hanya kerana nak mengejar ‘content’ di media sosial, sanggup jatuhkan maruah orang lain!” tegasnya.

Mengulas mengenai permohonan maaf yang dilakukan usahawan tersebut, Nadia memohon supaya ia dilakukan dengan cara yang lebih meyakinkan.

“Ya, ada yang beritahu saya tentang video permohonan maaf beliau. Tetapi dalam video tersebut, dia menyebut nama Nadia Ibrahim.

“Kalau betul nak minta maaf, biarlah ‘proper’. Nama saya Nadia Brian, itulah nama ‘stage’ saya. Tidak tahulah kalau itu pun hanya sekadar ‘content’ semata-mata,” katanya.

Terdahulu Nadia meluahkan rasa terkilan apabila tiba-tiba ditengking seorang usahawan di khalayak ramai dan menganggap tindakan wanita terbabit menjatuhkan maruahnya.

@boom.malaysia Betul juga tu. Risau nanti semua orang kena tengking sebab content semata-mata #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #inspirer #viral #trending #fyp #nadiabrian #tengking ♬ original sound – Boom! Malaysia

Nadia ketika ditemui berkata, gara-gara individu itu mahu membuat kandungan di media sosialnya, dia tergamak melakukan sesuatu yang disifatkan keterlaluan.

“Tiba-tiba dia jerit depan semua orang cakap ‘hey janganlah sombong sangat’. Saya nak menangis pada waktu itu kerana tidak pernah ditengking dan dijerit seperti itu. Llebih-lebih lagi daripada orang yang tidak dikenali.

“Bagi saya, tindakan menjatuhkan air muka orang demi kandungan atau meraih perhatian adalah melampau,” katanya.

Menurut Nadia, dia berasa kesal dan marah apabila wanita berkenaan tidak meminta kebenaran untuk merakam dan berkongsi video itu di media sosial.

“Saya tak tahu mak cik itu buat kandungan dan rakam situasi itu. Dia tak minta izin saya pun.

“Malah lebih buatkan saya marah apabila dia muat naik video itu di aplikasi TikTok. Saya terus komen dan memintanya padam video berkenaan.

“Saya sedih melihat orang sanggup buat perkara yang memalukan dan tidak menjaga sensitiviti orang lain hanya kerana nak dapat perhatian di media sosial,” katanya.

Terkesan dengan tindakan itu, Nadia turut dilihat menitiskan air mata ketika menjelaskan situasi yang berlaku ketika sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

Nadia ditemui pada majlis sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis. – BOOM!

Previous Post

[V] Uqasha Senrose Dedah Pernah Dua Kali Keguguran – “Tapi Saya Tak Tahu Pun Hamil”

Next Post

“Dimaki Depan Orang, Itu Ke Sahabat?” – Demi Pertahankan Shuib, Ibu Tampil Dedah Kebenaran

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Marcello Tahitoe Tampil Dengan “Setunggal”, Nafas Segar Dalam Ombak Melankolia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Terbit Filem KL Gangster 3, Syamsul Yusof Cari Dua Aktor Hebat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd