Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Semarakkan Ketibaan Ramadan, Awesome TV Pilih Tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengan-Nya’

25/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti, TV Show
Semarakkan Ketibaan Ramadan, Awesome TV Pilih Tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengan-Nya’

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV mengangkat tema Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2023 tahun ini.

Menariknya dalam kempen tahun ini, Awesome TV bakal sarat dengan hampir 50 program menarik khas untuk rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, untuk tahun ini, persiapan rapi sudahpun dibuat bagi menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’.

“Sudahpun memasuki tahun ketiga, Awesome TV tidak pernah ketinggalan dalam menyajikan santapan program-program menarik sempena sambutan bulan Ramadan untuk seisi keluarga.

Untuk tahun ini, persiapan rapi sudahpun dibuat bagi menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan menghimpunkan variasi program istimewa daripada pelbagai genre berbeza demi memenuhi citarasa semasa audiens.

“Selain daripada mempersembahkan program-program berunsur hiburan yang berkualiti tinggi, kami tidak ketinggalan untuk menyiarkan program-program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian serta
suntikan elemen-elemen pengajaran dan pendidikan dalam program yang disiarkan.

“Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program-program yang mampu memupuk nilai-nilai murni dan positif.

“Membawa amanat yang sama, kami teruskan tradisi tahunan menerusi kolaborasi amal bersama pihak ‘KAPB’ bagi menjayakan inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ untuk mendekati audiens kami menerusi aktiviti kemasyarakatan di bulan penuh barakah ini.

“Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang dibawakan khas sepanjang bulan Ramadan oleh Awesome TV. Selamat menonton!”, katanya.

Antara yang menarik di Awesome TV sepanjang Ramadan ini ialah, drama Jodoh Duda, menampilkan pelakon seperti Azrel Ismail, Elisha Sandha dan Syazwan Zulkifly bakal menghiasi slot ‘Rom Com’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam bermula 27 Mac 2023.

Manakala drama ‘Kiblat Yang Hilang’ pula dibarisi pelakon handalan seperti Azhan Rani, Zul Huzaimy, Sweet Qismina, Kartina Aziz, Badrul Muhayat, Riz Amin pula disiarkan menerusi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 8.30 malam.

Sepanjang bulan Ramadan, Awesome TV juga tidak ketinggalan membariskan program- program berunsur kerohanian seperti ‘Chit Chat Ustaz S3’, program bual bicara mengenai kisah 25 Rasul iaitu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’.

‘Relax! Jangan Gaduh’ dihoskan oleh power couple Awal Ashaari dan Scha Alyahya pula bakal membincangkan tentang hal-hal agama dan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang di adakan secara debat bersama ahli panel.

Antara nama-nama popular yang turut diundang khas termasuklah Jihan Muse & Ungku Hariz, Pekin Ibrahim & Mona Allen, Aziz M.Osman & Puteri Lily Lokman, Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos, Zamarul Hisham & Diana Rafar, Syed Aiman & Linda Rafar, Aliff Aziz & Bella Astillah, Beego & Linda Hashim, Atu Zero & Ika, Adam Lee & Sweet Qismina, Aepul & Leez Rosli, Fauzi Nawawi & Lisdawati.

Banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112. – BOOM!

Previous Post

“Proses JKP Selasa Ini, Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga” – Pengurus

Next Post

Baru Balik Clubbing, Aktor Tersondol Kenderaan Lain Gara-gara Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd