Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Ini Antara 11 Destinasi Menarik Pelancongan Penyebab Ayda Jebat Jatuh Cinta Dengan Taiwan

05/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Ini Antara 11 Destinasi Menarik Pelancongan Penyebab Ayda Jebat Jatuh Cinta Dengan Taiwan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Umum mengetahui program mesra Muslim yang dibawakan Biro Pelancongan Taiwan sebagai salah satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke negara diberi julukan Jantung Asia tersebut.

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dilantik sebagai duta kempen Salam Taiwan 2023/24 dan selepas berkunjung ke sana, hatinya terus terpaut.

Kata Ayda,  sebelum menjejak kaki ke sana, dia tidak tahu apa yang menarik di Taiwan sebab tidak banyak info yang dikongsi oleh pempengaruh atau rakan artis.

Bagaimanapun selepas menjejakkan ke Taiwan, hati Ayda terpaut, terus jatuh cinta!

Ayda dibawa ke banyak destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan dan diperkenalkan akan keindahan pulau 4 musim ini, makanan halal, serta kemudahan mesra muslim yang ada di sana.

Selain Ayda, pemergian selebriti cantik ini telah ditemani oleh suaminya – Nabil Mahir serta beberapa orang lagi rakan baiknya, menjadikan kunjungannya itu, memori terindah!

Namun, di antara semua destinasi yang dikunjungi dan aktiviti yang dijalankan, berikut adalah yang paling digemari oleh Ayda di sepanjang pengembaraan tersebut:

ZongShe Flower Market

Pasar yang menjual bunga-bungaan seluas mata memandang, juga menjadi kenangan terindah Ayda ketika berada di Taichung.

Kaohsiung

Sebuah bandar moden, antara pengalaman tidak dapat dilupakan Ayda adalah peluang untuk membeli-belah barangan kraftangan unik serta menikmati kek nanas yang amat lazat di pasar budaya Pier 2 harbour (juga dikenali sebagai Pelabuhan Pisang).

Ayda juga sempat singgah ke masjid kedua terbesar di Taiwan serta menikmati mi daging halal di restoran bersebelahan dengannya, menyusuri tasik cinta Love River dengan menaiki gondola bersama Nabil, sebelum menikmati ais kisar yang popular di daerah serba meriah ini!

 

 

Lihpao Discovery Land

Tidak sempurna satu percutian itu, jika tidak berkunjung ke taman tema yang tersohor, bukan? Menariknya, ketika Ayda berkunjung ke taman tema yang terletak di sini, beliau telah berpeluang untuk menaiki “Ferris Wheel” setinggi 394 kaki – yang tertinggi di Taiwan, selain banyak lagi permainan yang menyeronokkan dan mendebarkan!

Gaomei Wetland

Berlatarbelakangkan kincir angin gergasi yang menjana tenaga, ia merupakan antara destinasi paling romantik buat Ayda dan suaminya, Nabil Mahir. Mereka berpeluang untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam!

Shifen

Sebuah pekan kecil di mana pengunjung tempatan dan luar negara menuliskan hajat dan impian mereka ke lampu kertas tanglung, sebelum melepaskannya ke udara. Uniknya pekan yang digelar Shifen ini – landasan kereta api merentasi celah-celah kediaman!

Qin Jing Farm

Sebuah ladang indah berlatarbelakangkan pergunungan HeHuan dan tasik bagai lukisan, terletak di ketinggian hampir 1750m, dimana Ayda bagai kehilangan kata-kata apabila menyaksikan pemandangan alam semula jadi bagai lukisan!

Nantou

Ayda juga telah berpeluang untuk singgah ke sebuah bangunan berciri Inggeris klasik yang mendamaikan, di daerah Nantou, sebelum melihat keindahan matahari terbit di puncak gunung HeHuan setinggi 3,416m pada jam 5 pagi, diketengah kesejukan serendah 4 darjah! Memang tidak menghairankan apabila Ayda masih terkenang akan lokasi ini, biarpun setelah pulang ke tanah air!

Chiayi

Keseronokan benar-benar terasa sehingga Ayda telah  menyertai kumpulan orang asal dari kaum Tsou dalam tarian kebudayaan, ketika berkunjung ke sebuah ladang teh yang diusahakan oleh mereka di daerah ini dimana terletaknya Taman Negara Alishan yang tersohor itu.

Ayda telah berpeluang untuk melawat stesen kereta api klasik di puncak gunung yang dikelilingi flora dan fauna memukau bagai di dalam filem.

Bandar Taipei

Lokasi membeli-belah menarik yang menguntumkan senyuman berpanjangan buat Ayda seperti menara Taipei 101, pasar malam yang amat luas dan kawasan membeli-belah Ximending (bagaikan Bukit Bintang – lokasi paling digemari Nabil Mahir).

Cuaca sejuk menyegarkan di metropolitan ini telah membuatkan Ayda memilih untuk romantik berbasikal di sekitar bandar bersama suami tercinta, Nabil Mahir.

Miaoli

Destinasi berikutnya dalam senarai paling digemari Ayda adalah sebuah perkampungan tradisi yang dikelilingi taman bunga dan buluh, yang juga terletak di Miaoli. Di sini, Ayda berpeluang untuk menikmati dan mencuba sendiri kegiatan ekonomi utama mereka, iaitu pewarnaan celup (Dye) menggunakan warna yang diekstrak dari bunga – sememangnya satu pengalaman unik dan menyeronokkan buat Ayda!

Juga terdapat ladang ternak berlatarbelakangkan pergunungan memukau di Miaoli, bahagian Taiwan Sentral.

Di sini, Ayda berpeluang untuk melihat sendiri akan penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi. Ayda berasa amat tertarik dengan kesegaran persekitaran yang tiada tandingannya!

JiuFen

Keindahan pekan ini telah menjadi inspirasi kepada “Spirited Away” – sebuah anime terkenal dari Jepun.

Pekan ini menghadap pantai Keelung yang dihiasi gunung yang menghijau – bagai berada di Brazil.

Keindahan tepian pantai mengasyikkan ini membuatkan Ayda mendapat inspirasi untuk menulis bait-bait puitis – sememangnya lokasi ini bakal terpahat di ingatan Ayda sehingga bila-bila. – BOOM!

Previous Post

Sudah Tiga Tahun Ridzuan Hashim Sakit Jantung – “Tapi Ayah Diam Sebab Takut Tak Dapat ‘Job'”

Next Post

Teater Bangsawan Puteri Gunung Ledang Kembali Dipentaskan, Turut Disiarkan Secara Atas Talian

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd