Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Artis Lain Buat Hal, Kami Pula Kena” – Ani Maiyuni Kecewa Penyanyi Dangdut Dipandang Negatif

24/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti
“Artis Lain Buat Hal, Kami Pula Kena” – Ani Maiyuni Kecewa Penyanyi Dangdut Dipandang Negatif

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Ani Maiyuni akui kecewa apabila artis dangdut sering dipandang hina dan negatif.

Tambahan lagi kata Ani, perjuangan penyanyi dangdut juga sering diperlekeh sehingga peluang untuk mencari makan dalam industri muzik tersekat.

Ani Maiyuni mengakui turut terkena tempias kecaman apabila ada segelintir rakan artis dangdut dikatakan sengaja mencipta sensasi untuk meraih perhatian.

“Memang terkilan dan kecewa apabila kami penyanyi dangdut diperlekeh, dipandang hina sesetengah orang.

“Kadang tu hinaan yang diberikan melampau sampai kami nak mencari rezeki pun susah sebab penganjur takut nak ambil kami, sedangkan kami tidak melakukan kesalahan pun,” katanya.

Bagaimanapun Ani tidak menolak terkena tempias gara-gara penyanyi dangdut lain yang sengaja mencipta sensasi.

Dalam hal ini, Ani menasihati mereka supaya lebih peka dalam memuat naik kandungan di media sosial dan menggunakan platform itu untuk menyebarkan nilai positif.

“Segelintir artis dangdut yang suka buat content mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa… yang salah itu sebenarnya pada diri individu tersebut.

“Ia memberi impak kepada artis dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen. Tolonglah buat content yang boleh memberi kebaikan kepada orang.

“Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya ‘jual’ kerjaya,” katanya.

Bercakap mengenai sambutan terhadap lagu-lagu genre dangdut, Ani meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberikan peluang mengadakan acara besar seperti konsert dan sebagainya.

Sedangkan penyanyi dangdut di Malaysia tak menang tangan menerima tawaran nyanyian.

“Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan juga radio.

“Sedangkan show kami non-stop. Malah seminggu ada tiga atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain.

“Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami,” ujarnya.

Ani ditemui ketika sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.

 

Justeru itu, penyanyi lagu Sedap ini mengharapkan konsert yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut terus mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.

“Sebenarnya ramai yang bertanya bila kami (penyanyi dangdut) nak bergabung untuk buat konsert secara besar-besaran. Rasanya sudah lama tidak ada konsert dangdut di Malaysia.

“Saya melihat konsert akan datang ini menjadi permulaan untuk lebih banyak acara besar melibatkan penyanyi dangdut,” jelasnya.

Selain Ani, konsert tersebut turut menampilkan Baby Shima bersama gabungan empat penyanyi dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.

Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com. – BOOM!

Previous Post

[V] Atilia Haron Jawab Isu Pakai Tudung – “Saya Selesa Macam Ni, Biarlah Bila Dah Sedia”

Next Post

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Himpun Bintang Dangdut Popular Indonesia Di Kuala Lumpur

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd