Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Farid Akur Perlu Hantar Surat Sebelum Jumpa Anak – “Saya Nak Bawa Mereka Tonton Filem Anwar: The Untold Story”

26/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Farid Akur Perlu Hantar Surat Sebelum Jumpa Anak – “Saya Nak Bawa Mereka Tonton Filem Anwar: The Untold Story”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Farid Kamil, 42, memaklumkan perlu menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam isterinya, Diana Danielle, 32, sekiranya mahu bertemu anak-anak.

Kata Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, perkara itu adalah ketetapan daripada pihak mahkamah, jadi dirinya perlu akur.

“Ada pembaharuan dalam proses untuk berjumpa anak-anak. Saya diminta menghantar surat, lima hari sebelum berjumpa anak-anak.

“Itu adalah perintah mahkamah, jadi, saya harus akur dan selesa dengan perkara itu.

“Proses sulh hari ini berjalan lancar, tetapi masih belum mendapat kata putus. Saya akan terus berusaha menyelamatkan keluarga, anak-anak dan isteri,” katanya ditemui selepas selesai proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, pada Khamis.

INFO: “Saya Dapat Tengok Dari Ekor Mata Saja” – Farid Kecewa Tidak Dapat Komunikasi Dengan Diana

Pada masa sama, Farid memberitahu anak sulungnya, Muhammad, 10, tidak sabar menonton lakonannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story yang ditayangkan di pawagam sejak 18 Mei lalu.

Farid berkata, Muhammad teruja dengan pembabitannya dalam filem yang memaparkan ranjau perjuangan Anwar dalam arena politik tanah air itu.

Biarpun perlu mengikut prosedur ditetapkan mahkamah, iaitu menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu anak-anak, Farid mahu memastikan impian Muhammad menonton filem Anwar: The Untold Story tercapai.

“Muhammad selalu bertanya kepada saya bila filem Anwar: The Untold Story akan ditayangkan.

“Tetapi, untuk bawa anak-anak ke pawagam, saya perlu kemukakan surat kepada peguam isteri, Diana Danielle.

“Setakat ini, peguam saya sudah hantar surat untuk mendapatkan persetujuan isteri. Kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem Anwar: The Untold Story,” katanya.

Ditanya sama ada sudah bertemu Muhammad dan Aurora, 8, Farid berkata, dia dapat meluangkan masa dengan mereka selama empat hari, baru-baru ini.

“Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad empat kali. Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma,” katanya.

Terdahulu, proses sulh membabitkan Farid dan Diana untuk membincangkan mengenai hak penjagaan anak (hadanah) masih gagal menemui kata putus.

Ia susulan, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson tetap dengan pendirian untuk mendapatkan hak penuh. – BOOM!

Sumber: BH ONLINE

Previous Post

Awesome TV Mahu Norlia Ghani, Azrel Ismail Mohon Maaf

Next Post

Riezman Sedia Dikecam | Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia | Farid – Diana Tiada Komunikasi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd