Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Joe Flizzow Harap Konsert Mampu Tinggalkan Memori Buat Peminat

27/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Konsert, Selebriti
[V] Joe Flizzow Harap Konsert Mampu Tinggalkan Memori Buat Peminat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow buat julung kalinya bakal mementaskan konsert solo, Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert di JioSpace, Petaling Jaya pada 15 Julai depan.

Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, 44, mengakui, peluang untuk mementaskan konsert solo itu merupakan penghormatan besar buat karier muziknya.

“Sememangnya ini sebuah penghormatan buat saya dan peluang takkan saya sia-siakan. Justeru itu, saya menjanjikan yang terbaik buat para peminat dan berharap agar konsert ini mampu meninggalkan memori kepada setiap yang hadir.

“Saya tidak mahu Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert hanya dikenang sebagai persembahan atau konsert.

“Tetapi medan itu boleh dimanfaatkan pencinta muzik untuk menghargai setiap titik peluh saya dalam berkarya hingga tahap ini.

“Saya janjikan konsert yang berbeza daripada kebiasaan, bukan sahaja berdiri dan menyanyi sahaja. Saya mahu berinteraksi dengan peminat dan bercerita mengenai kisah sendiri,” katanya.

Tambah Joe, ada pelbagai kejutan dan kepuasan yang akan dipersembahkan kerana ia adalah konsert solo pertamanya sepanjang lebih 10 tahun bergerak sendiri.

Pada malam konsert yang dibawa JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse itu, Joe mahu menyampaikan rangkaian lagu daripada album terbaru berjudul Johan, secara langsung buat kali pertama.

“Hadir ke konsert ini rasakan semangat yang tidak pernah surut.

“Istimewanya pada konsert itu nanti saya akan persembahkan lagu-lagu dalam album baharu saya yang berjudul Johan.

“Album Johan pula akan dilancarkan pada Julai depan dan akan memuatkan 18 lagu atau 19 lagu,” katanya pada sidang media pengumuman Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert di ibu negara, baru-baru ini.

Kata penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘The President’ itu lagi, sebanyak 30 lagu, termasuk kolaborasi bersama penyanyi popular lain, akan dipersembahkan.

“Selain buah tangan daripada album baharu, lagu popular seperti Sampai Jadi, CIAO, Satu Malam Di Temasek, Sang Saka Biru dan Kongsi sudah tentu dinyanyikan.

“Apa yang menarik, saya ada beberapa artis jemputan yang bakal menghangatkan lagi konsert seperti SonaOne dan Alyph.

“Jika konsert ini berjaya, ia akan menjadi permulaan untuk saya lancarkan siri jelajah atau konsert berskala besar pada masa akan datang,” katanya.

Sepanjang lebih 10 tahun bergerak solo, Joe pernah muncul dengan dua album iaitu The President yang dilancarkan pada 2008 dan Havoc (2013).

Tiket menyaksikan Joe Flizzow – This Is Johan Live In Concert boleh dibeli dengan melayari www.jiotix.asia. – BOOM!

Previous Post

Aizat Amdan Tak Sangka Hadiahkan Duka Kepadamu Diminati – “Gembira Bila Ramai Tahu Lagu Ini…”

Next Post

Gosip Ameera Jalin Hubungan Istimewa Dengan Jefri Nicol, Neelofa Tidak Tahu

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd