Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Sejak Kecil Saya Beritahu Ayah, Bukan Anugerah Yang Diimpikan Tetapi Berjasa Kepada Negara” – Ahmad Nawab

06/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Fesyen, Selebriti
“Sejak Kecil Saya Beritahu Ayah, Bukan Anugerah Yang Diimpikan Tetapi Berjasa Kepada Negara” – Ahmad Nawab

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Maestro muzik, Ahmad Nawab telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ahmad Nawab, 91, berkata beliau tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atas karya dihasilkan.

“Sejak kecil lagi, ketika belajar muzik dengan ayah, saya cakap kepadanya, bukan anugerah yang diimpikan, sebaliknya, mahu berjasa kepada negara,” katanya.

Ahmad Nawab yang melahirkan nama besar dunia seni suara seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram, bersyukur jasanya selama ini dikenang dan mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya bersyukur atas kurniaan darjah kebesaran ini walaupun daripada dahulu lagi, saya memang tidak pernah mengharapkan pengiktirafan.

“Saya anggap ini adalah anugerah daripada Tuhan. Saya juga berterima kasih kepada rakan industri, peminat dan sesiapa sahaja yang terus menyokong hasil kerja saya selama ini,” katanya.

Ahmad Nawab dalam kalangan 839 tokoh dan individu yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya perasaannya ketika dimaklumkan mengenai pengurniaan gelaran Tan Sri, Ahmad Nawab yang mencipta lebih 2,000 lagu sejak era 1950-an, mengaku tidak menyangka dirinya terpilih.

“Ini bukanlah anugerah yang kecil, tetapi sangat besar. Apatah lagi memberi gelaran Tan Sri kepada saya sebaris dengan seniman tersohor lain seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Tan Sri SM Salim.

“Bagi saya, ini adalah hadiah paling bermakna buat diri saya walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari dahulu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan gelaran yang dikurniakan ini.

“Walaupun sudah bergelar Tan Sri, tetapi saya tetap merasakan diri ini masih sama. Tidak perlu sombong dengan gelaran yang ada,” katanya.

Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Ahmad Nawab yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

Selain Ahmad Nawab, penyanyi popular era 1970-an, Datuk DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah menjadi antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

DJ Dave tersenarai bagi kategori sukarelawan untuk jasanya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.

Lebih 50 tahun membawa gelaran sebagai penghibur tanah air, DJ Dave bukan sahaja bergerak sebagai penyanyi , malah turut bergiat aktif dalam lakonan termasuk aktiviti kebajikan bagi membantu artis yang memerlukan.

Anak seni lain yang turut dikurniakan darjah kebesaran adalah seniwati Fauziah Nawi, 70, yang menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) bagi kategori penggiat seni sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpung dalam dunia kreatif.

Fauziah memulakan kerjaya seni pada 1974 sebagai penyampai radio dan penyanyi sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Fauziah sudah membintangi banyak drama dan filem sejak 1981 selain turut menjadi jurulatih lakonan buat pelakon baharu. – BOOM!

Sumber: BH ONLINE

Previous Post

Irfan Zaini Dibenci Dan Dikecam Kerana Watak Jahat – “Saya Dah Bersedia Lebih Awal…”

Next Post

Anne Minta Nasihat Darling Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Judy & Nick Kembali! “Zootopia 2” Janji Dunia Lebih Gila & Lebih Besar!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd