Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Reen Rahim Sudah Bertudung – “Doakan Segenap Hati Reen Menutup Aurat Kerana-Nya…”

10/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Reen Rahim Sudah Bertudung – “Doakan Segenap Hati Reen Menutup Aurat Kerana-Nya…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Baru-baru ini pelakon Reen Rahim menjadi tular selepas berkongsi beberapa rakaman video mengenakan hijab di sebuah sesi fotografi.

Menurut Reen, dia mengenakan hijab kerana diminta untuk berbuat demikian oleh produk kosmetik dan kecantikan popular, Zeeta.

Katanya, rakaman video tersebut diambil ketika dia sedang mempromosikan produk baharu Zeeta, Perfect Match (set satu sabun badan dan mandi bunga) dan mengakui ia pengalaman pertama diminta ‘client’ untuk bertudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Mula- mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin,” kata pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim cukup teruja dipilih sebagai wajah kempen baharu itu.

Majlis pelancaran berlangsung 8 Julai lalu di Colony, KL serentak dengan Mesyuarat Tahunan jenama itu bersama ‘top leader’ yang dilakukan serentak di platform Facebook, Instagram dan TikTok.

“Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.

“Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen takkan pakai dari tiga tahun lalu lagi.

“Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.

“Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramai mencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri,” kata Reen.

Sementara itu pengasas Zeeta, Zaiti Noordin berkara mereka tetap dengan pendirian tegas meletakkan syarat mana-mana selebriti yang menjadi duta atau wajah promosi serta kempen perlu bertudung.

Keputusan nekad itu seiring dengan cerminan dua nilai teras diperjuangkan jenama berkenaan selama ini iaitu terinspirasi dan terpelihara (Be Inspired dan Be Protected).

Menurutnya lagi, pihak mereka bukan melawan arus sebaliknya sedar pegangan serta prinsip diperjuangkan itu sudah diguna pakai kebanyakan ahli perniagaan mahupun pengasas produk.

Kata Zaiti lagi yang sudah membangunkan jenama berdaftar di bawah Zeeta Group Resources sejak 2013, ia disifatkan sebagai dakwah kecil.

“Mungkin selama ini pilihan artis atau selebriti tidak bertudung lebih diutamakan. Tapi kami sedari dulu lagi, setia dangan prinsip meletakkan wajah atau duta produk semestinya bertudung.

“Sekalipun ada selebriti tidak bertudung, kami meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.

“Contoh terbaharu ialah Reen Rahim yang sudah mempersetujui syarat dan kehendak berkenaan selepas menjalinkan kerjasama dengan kami,” kata Zaiti.

Kata Zaiti lagi, dalam konteks memberi inspirasi, Zeeta ingin memecah tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekali gus memperkasa golongan berkenaan.

“Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Dalam konteks memelihara pula, ia lebih jelas sebagaimana kita balut buku untuk memelihara kulit depan dan belakangnya atau memakai langsir di tingkap untuk mencantikkan.

“Tak lupa keselamatan makanan terjaga dengan mengguna penutup saji. Begitu juga dengan cara Islam menghargai dan memelihara keindahan wanita. Zeeta juga ingin memelihara keindahan wanita dengan cara sama.

“Malah ejen berdaftar kami juga bagai faktor dorongan atas usaha ini yang memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja,” katanya.

Terdahulu, jenama yang beribu pejabat 2-23, Sentral Business Suite, Kompleks Sentral Point, Jalan TKS 1, Kajang ini pernah menggunakan khidmat artis seperti Nad Zainal dan Fazlina Ahmad Daud.

“Alhamdulillah asbab daripada kerjasama terjalin ada hikmah berharga. Nad dan Fazlina kini seperti diketahui umum juga sudah bertudung.

“Kami sendiri teruja dan terharu apabila mereka diketuk hidayah selepas menunaikan tuntutan tugas untuk berhijab ketika kerjasama terjalin. Hijrah mereka sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana kerana perubahan sebegitu boleh berlaku sekelip mata dengan izin Allah.

Zaiti Noordin.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum tanpa memahami. Kuasa penampilan artis ini sedikit sebanyak membuka mata dan mengubah perspektif terhadap wanita bertudung termasuk dari segi ketrampilan dan kekuatan untuk berjaya dan bahagia,” katanya.

Sementara itu, jenama ini yang mengeluarkan sekitar 10 produk ini mempunyai tarikan tersendiri selain sokongan lebih 5,000 ejen berdaftar.

“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari 2010 hingga 2013. Produk yang kami jual termasuk Mandi Bunga, Sabun Badan, Energy Booster Aromatherapy, serum wajah, sabun jeli, sabun beras batik dan macam-macam lagi.

“Harga produk juga berpatutan dari sekitar RM12 hingga ke RM60. Insya-Allah kami sasarkan jualan bulan sebanyak RM150,000 ke RM200,000. Manakala sasaran jualan setahun pula sebanyak RM3 juta.

“Insya-Allah kami merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar kota. Untuk lanjutan boleh klik https://linktr.ee/zeetaofficial,” katanya.

Sejak melebarkan empayarnya, Zeeta berjaya meraih pelbagai penghargaan dan anugerah. Terbaharu jenama itu diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence. – BOOM!

Previous Post

Che Ta Kantoi Menipu | Iqbal Mengorat Inspektor Sheila | Yasin Sulaiman Terlepas Hukuman Gantung

Next Post

Muatnaik Foto Pakai Coli Dan Seluar Dalam Hitam, Sarah Hildebrand Kembali Hangat!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd