Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Ustaz Tegur Pakaian ‘Syuhrah’ Dilarang Dalam Islam, Aina Abdul Terima Nasihat Dengan Hati Terbuka

25/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Baru-baru ini penyanyi Aina Abdul muncul menggayakan busana pelik ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35, pada Jumaat lalu dan telah mendapat reaksi berbeza daripada warganet.

Gaya tersebut (menggayakan busana pelik) turut ditegur Ustaz Kamilin Jamilin atau nama sebenarnya, Ustaz Ahmad Kamil Jamilin, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Meskipun tidak menyebut nama, namun menerusi TikTok Ahmad Kamil telah merujuk kepada beberapa keping memaparkan Aina Abdul berjalan di acara karpet merah ABPBH 35.

Menurut Ahmad Kamil, ramai tidak tahu pemakaian sedemikian dilarang dalam Islam walaupun ia tidak mendedahkan aurat langsung.

“Pakaian semacam ini tetap salah sebab ia termasuk dalam kategori ‘libas al-syuhrah’ iaitu pakaian pelik yang tersangat mengundang perhatian.

“Sebab apa? Boleh jadi sebab pembaziran, boleh jadi sebab Islam nak sangat menjaga umatnya daripada sifat riak. Riak ini sifat yang menunjuk-nunjuk, nak bagi orang tengok kita kan?”, katanya.

Sementara itu Aina, menerusi ruangan Instagram Story telah meluahkan perasaannya.

Aina berkata, dia menerima semua teguran dan kritikan ramai yang dilemparkan ke atasnya dengan hati terbuka.

“Selalunya saya jarang sekali meluahkan isi hati, saya disini sentiasa kuat dan teguh. Namun hari ini (semalam), saya terpanggil mahu tulis sesuatu.

“Ya benar, saya ada melihat dan membaca semua teguran serta nasihat malah saya teliti, renungkan semua teguran yang diberi,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Hidup itu menghargai semua mesej positif serta sokongan yang dititipkan oleh segelintir individu buat dirinya.

Jelasnya, dia akan sedaya upaya berusaha memperbaiki diri dan pemakaiannya ke arah yang lebih baik.

“Terima kasih kepada semua kerana ambil berat, menegur untuk kebaikan dan meninggalkan mesej yang baik selain memberi sokongan. Saya hargai semuanya.

“Alhamdulillah, saya akan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik selepas ini okay?,” ujarnya.

Terdahulu, Aina menjadi perhatian ramai di ABPBH 35 apabila hadir ke majlis tersebut menaiki lori lut sinar dengan menggayakan busana berbentuk ‘blazer’ gergasi berona merah hati selebar empat kaki. – BOOM!

Previous Post

Ibu Ubai Ditidurkan – “Emak Ditidurkan Sementara, Mohon Doakan Supaya Mak Saya Kuat…”

Next Post

Uyaina Arshad Keguguran – “Allah Beri Rezeki Mengandung Kali Kedua, Tapi Sayang, Kandungan Tak Lama…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd