Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bangga! Filem Walid Ke Amerika Syarikat, Ditayangkan Di Los Angeles Dan New York

27/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Filem, Selebriti
Bangga! Filem Walid Ke Amerika Syarikat, Ditayangkan Di Los Angeles Dan New York

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengarah filem Walid, Areel Abu Bakar meluahkan rasa bangganya apabila filem terbaharu arahannya, Walid dapat menembusi pasaran filem antarabangsa.

Areel berkata, sebagai anak Malaysia, pastinya dia teruja apabila ada pihak di Amerika Syarikat berminat untuk membawa masuk filem berkenaan ke negara tersebut.

“Bagi saya ini merupakan langkah awal untuk filem tempatan tembusi pasaran luar.

“Apapun saya gembira sebagai anak Malaysia yang mampu menembusi pasaran filem antarabangsa seperti Amerika Syarikat.

“Kita sedia maklum yang prosedur untuk melayakkan kita membuat tayangan filem di sana bukan mudah kerana sudah pasti mereka lebih teliti dengan melihat dari segi kualiti dan isi kandungan sesebuah filem itu.

“Memang tidak pelik kalau orang kita selalu tertanya-tanya kenapa filem kita susah sangat nak tayang di sana,” ujarnya.

Areel berkata, dia juga tidak menafikan filem arahannya sebelum ini iaitu Geran yang menerima anugerah ‘Daniel A.Craft Award’ di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 dua tahun lalu antara faktor naskhah baharunya itu mendapat perhatian.

Ujarnya, filem Walid ini bukan sekadar filem aksi semata-mata, malah mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan elemen silat yang merupakan warisan budaya sebagai ‘ramuan’ utama.

Dalam pada itu, Areel turut memaklumkan dia akan berangkat ke Amerika Syarikat pada 24 Julai ini dan akan berada selama hampir  sebulan di sana.

“Saya akan berada agak lama di Amerika Syarikat memandangkan Walid akan ditayangkan di dua buah negeri iaitu Los Angeles dan New York.

“Selain tayangan filem, akan ada juga sesi diskusi dan soal jawab mengenai filem Walid. Namun ia semua bergantung dengan pengurusan pihak pawagam di sana,” ujarnya.

Walid menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi.

Mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia, filem Walid akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 14 September 2023. – BOOM!

Previous Post

Azhar Sulaiman Cadang Perbicaraan Kes PU Azman Dibuat Secara Tertutup – “Kes Ini Sangat Juicy Contentnya…”

Next Post

“No Komen, Rilek Dulu…Pape Roger…” – Reaksi Hafidz Roshdi Ketika Ditanya Mengenai Athira Yuhada

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd