Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Elak Kontroversi, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Tukar ‘Konsert  Milenia Live In Kuala Lumpur’

14/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Konsert
Elak Kontroversi, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Tukar ‘Konsert  Milenia Live In Kuala Lumpur’

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Belum pun bermula, Konsert  Milenia Live In Kuala Lumpur telah mencetus kontroversi dan menjadi kritikan.

Bukan sekadar itu, penyanyi dangdut juga sering menjadi mangsa persepsi negatif sesetengah pihak.

Sedangkan, Malaysia sentiasa terbuka menerima genre muzik luar seperti K-Pop mahupun dari barat.

‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ juga tidak terlepas dari kecaman dan didakwa sebagai merosakkan.

Justeru, demi menjernihkan persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ telah melakukan penjenamaan semula dengan menukar judul konsert kepada ‘Konsert  Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.

“Pihak kami sedar bahawa apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ianya akan mendapat reaksi dan persepsi negatif dari masyarakat setempat, tambahan lagi muzik koplo jika di Indonesia diiringi tarian agak seksi.

“Dengan demikian, dalam memartabatkan muzik dangdut di Malaysia maka kami tampil dengan persembahan yang berbeza yang lebih mahu menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tanpa menonjolkan elemen negatif dalam kalangan masyarakat,” kata Mission Sight selaku penganjur.

Tambahan lagi menurut mereka, ini merupakan konsert dangdut berskala besar yang pertama berlangsung di negara ini dan sudah tentu penganjur mahu meninggalkan kenangan dan menjadi penanda aras terbaik.

Berita baik kepada para peminat, bersempena bulan kemerdekaan, harga tiket ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, juga dipotong sehingga 50 peratus.

Harga ‘Merdeka Promo’ yang juga harga rahmah ini adalah untuk meraikan semua peminat agar dapat sama-sama menonton konsert ini nanti.

Mission Sight juga berharap agar dengan harga rahmah ini Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini dapat dijadikan sebagai konsert mesra keluarga dan masyarakat.

“Warga Indonesia di dalam dan luar negara dijangka  akan memenuhi stadium Malawati, Shah Alam selepas pengurangan harga dan memberi peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka.

“Kami hanya menjual irama dan lagu bukan unsur-unsur negatif seperti tarian dan gelek lucah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Pengurangan harga ini juga adalah kerana penganjur bercadang untuk mengadakan malam ke dua dan sekiranya ia terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain berpeluang menyertai Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini.

“Bagaimanapun untuk meneruskan konsert pada malam kedua, masih di peringkat perancangan. Namun kalau berjaya direalisasikan, pastinya penonton akan disajikan persembahan berbeza,” kata penganjur.

Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31151

Menariknya, selain menggabungkan artis-artis dangdut popular dari Indonesia dan Malaysia, konsert ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan
Festival Muzik Milenia.

Festival tersebut bakal diadakan di perkarangan stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 01 Oktober 2023, selama tiga hari berturut-turut.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival ialah, persembahan daripada artis-artis genre dangdut, ‘Food Fest’ yang disertai oleh vendor-vendor makanan viral dari Malaysia dan Indonesia serta pelbagai lagi acara lain menjelang konsert pada 30 September ini.

Selain itu, untuk menarik lebih ramai pengunjung konsert, turut dianjurkan beberapa pertandingan melibatkan lima negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.

Antara program yang dilaksanakan adalah:
1. Pertandingan nyanyian pencarian 
Raja dan Ratu Dangdut Asia
2. Pertandingan Dance Tanpa Gelek 
Versatil
3. One Minutes Challenge

“Penganjur mengambil kira trending semasa, di mana muzik dangdut Koplo ini sangat popular dikalangan pengguna TikTok.

“TikTok pula merupakan platform pemasaran terpantas masa kini, maka kami mengambil peluang itu. Diharap lebih ramai yang akan menyertai pertandingan dianjurkan, secara tidak langsung konsert ini akan menjadi tular dan mendapat promosi lebih meluas,” kata penganjur lagi.

Konsert Milenia adalah gabungan Malaysia dan Indonesia dalam memartabatkan genre muzik dangdut yang merupakan muzik sealiran dua negara.

Bakal menampilkan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, Ani Maiyuni beraksi sepentas bersama Siti badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena.

Konsert ini bakal berlangsung pada 30 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Previous Post

Battle Of The Band 2023 Cari Bakat Kugiran Muda, Saringan Pertama Bermula 7 September Ini, Ayuh!

Next Post

Altimet Dah Mula Dapat Aduan Rakyat Lembah Jaya – “Selamat Bertugas YB!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Mariah Carey Enggan Iktiraf Zuriat Lain Sebagai Adik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd