Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Masih Orang Yang Sama…” – Cakra Khan Tak ‘Demand’ Lepas Lolos Uji Bakat America’s Got Talent

16/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
[V] “Saya Suka Body Awak…” – ‘Jantan Sangap’ Merengek Ganggu Zara Zya, Laporan Polis Sudah Dibuat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan menafikan semakin ‘demand’ selepas berjaya meloloskan diri ketika uji bakat program realiti, America’s Got Talent (AGT) musim ke-18.

Menurut Chakra, dia masih orang yang sama dan tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang yang demanding walaupun pernah beraksi di pentas tersebut.

“Jangan begitu, saya masih Cakra Khan yang dulu. Saya menyertai AGT kerana mahu memenuhi keinginan saya sebagai penyanyi. Tidak lebih dari itu.

“Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan kerana saya sama sahaja. Tak ada demand-demand,” katanya.

Berkongsi persiapannya beraksi pada babak seterusnya di AGT 2023, bulan ini, Cakra berkata, adalah penting untuknya mendapatkan rehat yang cukup dalam giat melakukan latihan.

“Saya masih menjalani latihan kerana saya orangnya mahu ingin memberikan maksimum yang boleh. Saya juga berlatih menyanyi hampir setiap hari.

“Bagi penyanyi, berehat sangat penting, jadi saya perlu rehat secukupnya dan jaga kesihatan.

“Kalau tanya soal persiapan, ia lebih kepada menjaga kesihatan, istirehat dan teruskan latihan.

“Sekarang pun saya sedang tunggu makluman untuk sesi seterusnya. Saya sudah fikir lagu apa yang mahu bawakan, jadi tunggu saya kongsi berita apabila berangkat ke sana.

“Dalam pada itu, saya mempersiapkan diri untuk konsert bersama Dream Festival Collaboration Volume 4 -Cakra Khan Live In Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 17 September ini di Zepp Kuala Lumpur,” katanya.

Cakra berkata, meskipun sudah lebih sedekad menempa nama sebagai penyanyi profesional, perasaan debar tidak mampu disembunyikan, apatah lagi dirinya begitu mementingkan kesempurnaan setiap kali mahu tampil di panggung.

“Saya jenis orang yang akan memberi semaksimum mungkin dan sehabis baik setiap kali beraksi di pentas. Saya mahu semua yang membeli tiket dan datang ke konsert itu nanti terhibur serta tidak terasa rugi melihat persembahan saya,” katanya.

Cakra Live In Kuala Lumpur juga menyaksikan juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini bakal bergandingan dengan penyanyi Mencari Cinta Sejati dan Harus Terpisah itu di pentas, selain kemunculan bakat baharu dari Indonesia, Riri Moeya.

Ditanya mengenai pemilihan Nadeera, Cakra berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana penyanyi.

Apa yang penting kata Cakra, dia hanya mahu memastikan penampilan mereka nanti mampu memberi kepuasan dan menghiburkan penonton.

“Saya orangnya santai dan terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Mengenai Nadeera, sudah tentu pemilihan dibuat hasil perbincangan pengurusan saya dan pasukan Dream Festival.

“Baik Nadeera mahupun Riri, mereka punya kekuatan suara yang luar biasa. Saya pernah dengar suara Nadeera di Big Stage, begitu juga Riri. Saya orangnya suka berkolaborasi.

“Dengan siapapun saya berkongsi pentas, kami harus saling memberi. Saya tidak pilih hanya mahu bekerjasama dengan artis tertentu, sebaliknya terbuka untuk berkongsi pentas, termasuk dengan mereka yang belum pernah saya berkolaborasi,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Inspire Malaysia merangkap Penerbit Dream Festival, Thata Joyce Sigar pula mengumumkan, pihaknya turut melancarkan 400 tiket terakhir berharga RM178 dan RM198 untuk memastikan peminat tidak terlepas peluang menyaksikan kemunculan terbaharu Cakra.

Tiket katanya, boleh diperoleh dengan melayari pautan: www.ticket2u.com.

“Kami juga merancang untuk menampilkan penyanyi dari Malaysia bergabung dengan bakat dari Indonesia di pentas Dream Festival di Indonesia pada tahun depan. Malaysia memiliki ramai penyanyi hebat dan mereka sewajarnya diberi ruang untuk mengetengahkan bakat dengan lebih luas lagi,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Lama Diam, Nonny Nadirah Tiba-tiba Muncul Dengan Hantaran Penuh Tanda Tanya – “Perbuatan Itu Sangat Terlaknat”

Next Post

[V] “Saya Suka Body Awak…” – ‘Jantan Sangap’ Merengek Ganggu Zara Zya, Laporan Polis Sudah Dibuat

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd