Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Surrr! 10 Lejen Nasi Kandar Turun KL, Berhimpun Di ‘Nasi Kandaq Fest’

23/09/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra
Surrr! 10 Lejen Nasi Kandar Turun KL, Berhimpun Di ‘Nasi Kandaq Fest’

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berita baik buat semua peminat tegar nasi kandar, FriedChillies membawakan ‘Nasi Kandaq Fest’ istimewa buat anda semua.

FriedChillies kali ini berkolaborasi dengan pakar dalam selok belok nasi kandar, iaitu Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandaq Transporter, membawa 10 lejen Nasi Kandar yang sangat dikenali di Malaysia.

Bertempat di Sunway Putra Mall, 10 lejen bersama Nasi Kandaq Fest ialah:

1. Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro
2. Hameediyah Restaurant
3. Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed)
4. Restoran Kudu Bin Abdul
5. Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru
6. Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng
7. Sadam Nasi Kandar
8. Sithique Nasi Kandar
9. Nasi Kandaq Talam Johor Bahru
10. Yusuf Restaurant

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal berkata, idea untuk menganjurkan festival ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

“Bertitik tolak daripada PKP lah kita mula menjalin kerjasama dengan Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Hunters yang ketika itu mengambil pesanan dan membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Dan selepas PKP berakhir, kami mula mengadakan perbincangan dengan lebih serius untuk membawa terus vendor-vendor terbaik nasi kandar ke Kuala Lumpur dan himpunkan mereka di Sunway Putra Mall, hari ini.

“Kami juga berbesar hati kerana pihak Sunway Putra Mall mempelawa kami untuk menjalin kerjasama dan merealisasikan acara Nasi Kandaq Fest ini,” katanya.

Tambah Adly lagi, Nasi Kandaq Fest bakal berlangsung selama dua hari bermula hari ini 23 September sehingga esok 24 September.

Sementara itu, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall, Tan Ai Vee berkata, untuk memastikan orang ramai lebih selesa, pihak mereka telah mentransformasikan ruang legar di tingkat bawah kepada ‘zon kenduri’.

“Zon kenduri ini lebih selesa dan berada di dalam mall. Orang ramai boleh membeli nasi kandar dan kemudian menikmatinya di zon kenduri kami dengan lebih selesa,” katanya.

Salah seorang Pengasas Nasi Kandaq Hunters (NKH) Badrol Izam pula berkata, mereka meletak sasaran 10,000-12,000 pengunjung ke acara tersebut.

“NKH amat berbesar hati kerana acara unik ini memberi peluang kepada orang ramai terutama di Lembah Klang untuk menikmati air tangan dari tokoh-tokoh nasi kandar yang tersohor dari tempat-tempat original di Malaysia.

“Kami memang tak sabar untuk mereka menghayati pelbagai rasa kari dan lauk nasi kandar sebab memang semua lejen yang kami himpun di sini, ada kelebihan mereka yang tersendiri. Semua akan berada di bawah satu bumbung, bila lagi geng?”, katanya teruja.

Dalam pada itu Mohd Adly berkata, FriedChillies merancang untuk menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2.0 sekiranya, acara sulung ini mendapat sambutan ramai.

“Kami memang sudah mempunyai perancangan untuk menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2.0 dan mungkin akan dijadikan acara tahunan, sekiranya program yang kami bawakan hari ini mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Antara yang kami rancang ialah, membawa lebih ramai vendor popular nasi kandar ke Kuala Lumpur selain mencari venue yang lebih besar,” katanya teruja.

Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Nasi Kandaq Fest di Sunway Mall kerana anda berpeluang memperolehi baucar tunai dan diskaun dari Sunway Putra Mall untuk minuman, pencuci mulut dan banyak lagi barangan lain, sepanjang dua hari acara berlangsung. – BOOM!

Previous Post

Ebit Lew Saman Caprice, Mondy Tatto

Next Post

Noh Salleh Tamat Zaman Duda, Sah Bergelar Suami Kepada Fatin Athira

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd