Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

‘Geng Sakau vs Hantu Ting Tong’, ‘Amaran’ Awal KRU Studios Kembali Ke Gelanggang Pengedaran Filem!

03/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Filem, Selebriti
‘Geng Sakau vs Hantu Ting Tong’, ‘Amaran’ Awal KRU Studios Kembali Ke Gelanggang Pengedaran Filem!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas menjalin kolaborasi menerusi Cicakman 3, kini KRU Studios dan Astro Shaw kembali bekerjasama dengan penerbitan filem berjudul ‘Geng Sakau vs Hantu Ting Tong’ (GS vs HTT).

Penerbit Eksekutif GS vs HTT, mewakili KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim berkata, filem ini adalah yang kedua terbitan KRU Studios untuk pengedaran di Astro First.

“Selepas melalui tempoh pandemik, ini merupakan kali kedua KRU Studios menerbitkan filem untuk pengedaran secara “Pay Per View” menerusi Astro First.

“Tahun lepas dengan kerjasama Bloombordia, pihak kami telah mengeluarkan filem ‘7 Hari Sebelum Kahwin’ dan kini ‘Geng Sakau vs Hantu Ting Tong’ bersama Astro Shaw.

“Ini sebagai persediaan awal kami untuk memasuki semula gelanggang pengedaran filem mulai tahun depan,” katanya.

‘GS vs HTT’ adalah filem komedi seram arahan Waan Hafiz yang menampilkan barisan para pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif ‘GS vs HTT’, Raja Jastina Raja Arshad, mewakili Astro Shaw pula menyatakan rasa teruja dapat bekerjasama sekali lagi dengan KRU Studios.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan KRU Studios menerusi naskhah eksklusif untuk platform Astro First.

“Filem komedi seram ini sesuai untuk ditonton secara beramai-ramai bersama insan tersayang, di samping mampu membawa penonton keluar seketika dari tekanan dengan berhibur menerusi babak-babak mencuit hati.

“Selain itu, naskhah ini juga menonjolkan masyarakat majmuk di sebuah flat di bandaraya Kuala Lumpur yang berdepan dengan masalah mistik dan kecurian bungkusan barangan (parcel).

“Topik yang dipersembahkan memang berlaku di luar sana dan baru-baru ini telah tular. Jadi kami mengharapkan ‘GS vs HTT’ dapat menyampaikan mesej positif serta memikat hati penonton,” katanya.

Waan Hafiz yang merupakan pengarah filem ini pula berkata, ‘GS vs HTT’ merupakan idea asal Datuk Yusry Abdul Halim.

“Idea asal daripada Datuk Yusry Abdul Halim ini banyak memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan karya yang menghiburkan. Sebagaimana saya begitu seronok menulis cerita ini, begitu jugalah penghasilannya.

“Dengan barisan pelakon yang saya ada untuk filem ini, kerja saya agak mencabar kerana kaliber mereka yang sangat tinggi.

“Itu jugalah yang memberi saya kelebihan kerana saya dibantu oleh mereka bagi menghasilkan sebuah cerita yang cukup mantap dan kelakar.

“Sudah pasti saya mengharapkan agar penonton terhibur dengan karya terbaru saya ini. Ianya sesuatu yang fresh, unik dan yang paling penting, ianya pasti buat anda ketawa tak kering gusi!”, katanya.

‘GS vs HTT’ mengisahkan tentang kehidupan penduduk flat yang menjadi kucar kacir apabila mereka mula diganggu oleh makhluk ghaib.

Gangguan itu berlaku apabila sekumpulan “penyakau” yang diketuai oleh Amir (Bell Ngasri) mencuri pakej yang mengandungi sebuah batu permata yang telah lama hilang dan menjadi punca kepada gangguan makhluk mistik yang menghantui penghuni flat tersebut.

‘Geng Sakau vs Hantu Ting Tong’ bakal menemui penonton mulai 5hb Oktober 2023 di Astro First ini. – BOOM!

Previous Post

Kes Dadah Yasin Sulaiman, Bebas Atau Diarah Bela Diri…Ditentukan Hari Ini

Next Post

Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha Masih Menanti RM10,000 Daripada Astro

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd