Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bkay Nair Mahu Perjuang Keunikan Fabrik Tradisional Malaysia Ke Pentas Dunia!

03/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Gaya Hidup, Selebriti
Bkay Nair Mahu Perjuang Keunikan Fabrik Tradisional Malaysia Ke Pentas Dunia!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan model, Bkay Nair mahu memperjuangkan keunikan fabrik tradisional Malaysia ke pentas dunia.

Kata Bkay lagi, dia turut mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut pelakon filem Ratu The Movie itu, bagi mencapai tujuan tersebut dia bakal menganjurkan satu pertunjukan fesyen warisan Navarasa: Warna Gabungan Emosi Dan Fesyen pada 14 Oktober ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Ia akan menampilkan 11 pereka feksyen, ketegori pelajar dan pereka berpengalaman, yang akan memamerkan sejumlah 77 rekaan unik menggabungkan fabrik tradisional seperti batik, songket, sutera Malaysia, dan sari dengan estetika rekaan
kontemporari.

“Lebih menarik, bersempena dengan pertunjukan fesyen itu beberapa bengkel berkaitan fesyen dan fabrik tradisional akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober ini yang menghimpunankan penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam,” katanya.

Bkay yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 berkata, acara anjuran syarikatnya.

Bkay Nair Resources (BNR), itu juga bakal memberikan tiga anugerah keunggulan pereka yang akan diumumkan pada hari pertujukan fesyen nanti.

Dia berkata, tiga anugerah itu ialah Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif dan Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik.

Tambahnya, objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.

Ia juga bertujuan mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.

Malah selaku Pengarah pertunjukan fesyen itu Bkay juga mahu mengintai peluang pengiktirafan daripada UNESCO.

“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.

“Saya mahu dalam setiap benang dan corak tekstil ini, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada sejarahnya, budayanya, dan hasrat seninya yang berterusan,” katanya.

Akuinya, sebagai anak jati Malaysia dirinya berbangga dengan seni serta budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sangat tinggi nilainya.

Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa.

Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi. – BOOM!

Previous Post

“KRU Tak Akan ‘Comeback’…Kami Lalui Perjalanan Menakjubkan Sepanjang 25 Tahun Dalam Industri Muzik” – Norman

Next Post

Kes Dadah: Yasin Diarah Bela Diri – “Doakan Saya…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Mariah Carey Enggan Iktiraf Zuriat Lain Sebagai Adik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd