Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Kalau Hari Tu Tulis ‘Details’ Macam Ni, Kitaorang Okay Je…” – Mawi

05/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
“Kalau Hari Tu Tulis ‘Details’ Macam Ni, Kitaorang Okay Je…” – Mawi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyampai radio dan penyanyi, Mawi mengambil maklum tentang video penjelasan pemilik Gerai Makanan Laut Dol Mat berkenaan harga hidangan mereka yang dikatakan mahal.

Mawi berkata, dia dan isterinya, Ekin tidak mempunyai masalah sekiranya dari awal mereka perincikan harga makanan yang dipesan.

Tambah Mawi lagi, pada hari berkenaan mereka terpaksa meminta peniaga menulis semula bil kerana tulisan pada resit yang pertama langsung tidak boleh dibaca.

“Hari tu mereka bagi bil yang mula-mula tu (pertama), tulisan dia langsung tak faham. Macam conteng-conteng je.

“Itu pun kita minta bil kedua, okaylah…Itu pun masih tak ‘clear’ lagi (tulisan), dia tak details.

“Jadi hari ini bila dia buat details macam ni, okaylah semua dapat tengok, okay je,” kata Mawi ketika dihubungi BOOM!

Sementara itu Ekin menerusi hantaran di Instagram Story sempat meninggalkan pesanan buat pemilik restoran agar meletakkan tanda harga dan menulis resit dengan betul supaya tidak ada lagi yang terkena.

“Lepas ni tolong letak tanda harga dan tulis resit yang betul.. supaya org lain tak terkena!,” tegasnya.

Memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku pada Sabtu lalu, Ekin berkata dia dan ahli keluarganya berkunjung ke restoran berkenaan seramai 16 orang dan bukanlah 20 orang seperti didakwa pemilik berkenaan.

“Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala.

“Sebenarnya resit asal yang dia berikan kepada saya pada hari berkenaan tidak sama seperti yang dia jelaskan di media sosial. Resit asal tiada pun menerangkan secara terperinci setiap hidangan yang kami makan.

“Jika dari awal lagi dia sudah jelaskan setiap perincian harga mungkin tidak menjadi isu,” katanya.

Sebelum itu, wanita dipercayai pemilik kedai mendedahkan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi itu datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Ekin memberitahu dia memadamkan perkongsian dimuat naik di media sosial selepas ramai yang memberikan komen dan menghantar mesej berkongsi perkara sama berlaku di restoran berkenaan.

Kata Ekin lagi, dia juga tidak mahu membesarkan isu tersebut sehingga boleh menjejaskan perniagaan di restoran itu.

“Bagi saya apa yang telah dikongsi sebelum ini adalah hak sebagai pengguna. Restoran itu juga tidak meletakkan tanda harga pada menu ketika kami makan di sana,” jelasnya.

Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran di media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,261 yang disifatkannya cekik darah oleh pemilik sebuah kedai makan. – BOOM!

Previous Post

Seriuslah Nelydia Senrose Tanggal Tudung Balik?

Next Post

Walau Pernah Trauma, Radja Tak Pernah Serik Ke Malaysia

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sukar Berkarya Di Brunei, Aziz Harun Sudah Dua Tahun Pindah Ke Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Risau Disumpah Jadi Batu, Aril Pilus Buat Ramai Terpegun Dengar Nyanyiannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd