Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Yonnyboii Guna Hadiah AIM Siapkan Album Persona, Muatkan Lagu Ciptaan Untuk Anak Dan Isteri

17/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Musik, Selebriti
Yonnyboii Guna Hadiah AIM Siapkan Album Persona, Muatkan Lagu Ciptaan Untuk Anak Dan Isteri

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi rap berbakat besar, Yonnyboii kini tampil dengan album baharu berjudul Persona.

Album baharu yang memuatkan 12 buah lagu itu istimewa buat Yonny kerana dia menggunakan hadiah kemenangan daripada kejayaan album sulung yang mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version) di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 tahun lalu.

Yonnyboii ketika itu membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada MyCreative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital.

Katanya, album istimewa itu menceritakan perjalanan beliau dalam mencari jati dirinya yang sebenar, khasnya melalui muzik.

“Ia menceritakan bagaimana saya mencari bunyi yang mencerminkan identiti saya sendiri. Saya melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini.

“Jadi album ini menggambarkan persona saya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut persona saya yang bervariasi. Lagu ini menceritakan pelbagai rasa seperti suka, sedih, bahagia, kecewa dan macam-macam lagi,” katanya.

Menurut Yonnyboii, niat untuk mengeluarkan album ini sebenarnya sudah lama terpendam dan kemenangan di AIM tahun lalu secara tidak langsung melonjakkan semangat dia untuk menyempurnakan demo-demo yang pernah dihasilkan selama ini.

“Ada juga beberapa lagu yang dihasilkan pada saat akhir dan semuanya dihasilkan secara spontan kerana pada waktu itu isteri saya sedang hamil.

“Saya menjaga dia pada waktu itu sehinggalah dia melahirkan anak kami. Itulah perjalanan yang diceritakan di dalam album ini.

“Selain itu sebahagian besar rakaman album ini dilakukan di studio di rumah saya sendiri. Ini kerana saya lebih selesa merakam di tempat sendiri. Namun ada juga beberapa lagu yang dirakam di studio luar dan studio kawan-kawan saya,” katanya.

Menerusi album Persona, Yonnyboii memilih lagu Dilamun sebagai single yang pertama selepas dilancarkan di platform digital pada 22 September lalu.

“Saya memilih Dilamun kerana lagu ini khas untuk isteri saya. Saya mahu menghargai isteri saya yang bersusah payah melahirkan cahaya mata kami. Tanpa isteri saya, album ini tak mungkin akan terhasil dengan sempurna.

“Lagu ini juga boleh dikatakan lagu perkahwinan kami. Ketika menyiapkan lagu ini dia sebenarnya sedang merajuk, jadi saya memujuknya menerusi lagu ini,” katanya.

Dalam masa sama, Yonnyboii yang kini sudah bergelar bapa turut berjaya mencipta sebuah lagu khas untuk anak lelakinya yang kini berusia tiga bulan.

“Lagu berjudul Baby ini ditulis khas buat Kairo yang menceritakan status saya sekarang sebagai seorang bapa.

“Alhamdulillah kehadiran Kairo dalam hidup saya adalah hadiah yang tidak ternilai. Personaliti saya berubah secara total sejak bergelar ayah.

“Kalau dulu kerap keluar lepak, sekarang saya lebih habiskan masa di rumah bersama anak dan isteri. Fokus saya kini adalah menjaga anak yang masih kecil.

“Malah hubungan saya dengan individu yang berstatus bapa juga semakin rapat. Kami saling bertukar cerita dan pengalaman,” katanya.

Selain lagu Dilamun dan Baby, album Persona turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E. – BOOM!

Previous Post

Dikecam Kerana Kenyataan ‘Akan Dibedil Seperti Gaza’, Aishah Nafi Tidak Sensitif Isu Palestin

Next Post

[V] “Makna Ardini, Isteri Yang Menyenangkan” – Sabri Yunus Dedah Tak Rancang Nak Tukar Nama Angeline

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd