Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Ratu Irama Malaysia Ajak Berduet, Hazama Tak Fikir Panjang – “Saya Peminat Noraniza Idris Sejak Kecil…”

08/11/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Musik
Ratu Irama Malaysia Ajak Berduet, Hazama Tak Fikir Panjang – “Saya Peminat Noraniza Idris Sejak Kecil…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Hazama akui teruja dan tidak berfikir panjang apabila ditawar bekerjasama dengan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris melalui single duet Penawar Kita.

Malah, menurut Hazama buat pertama kali sepanjang bergelar penyanyi, dia terbabit dalam rakaman lagu genre irama Malaysia.

“Saya sangat bertuah kerana berpeluang berkolaborasi bersama lagenda irama Malaysia, Noraniza. Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran beliau.

“Kebetulan saya peminat Noraniza sejak kecil. Projek ini adalah kali pertama saya merakamkan lagu genre irama Malaysia.

“Tanpa tawaran ini, tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan irama Malaysia kerana saya membawa genre rock.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit termasuk syarikat rakaman, Luncai Emas Sdn Bhd yang banyak membantu sepanjang projek lagu ini dibuat,” kata juara program realiti, Akademi Fantasi (AF) musim ke-9 itu.

Lagu Penawar Kita adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd yang turut menggabungkan elemen muzik tradisional terpilih dengan pantun nasihat.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, lirik lagu Penawar Kita bakal membawa pendengar menelusuri perjalanan menyentuh hati di bawah pantauan maestro muzik, Datuk M Nasir.

“Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya M Nasir selaku penasihat. Saya sangat berbesar hati dapat menerima nasihat beliau yang juga nama besar dan dihormati dalam industri muzik hingga kini,” katanya.

Mengulas pemilihan Hazama selaku rakan duet, Noraniza menjelaskan, lenggok suara penyanyi kelahiran Perak itu sesuai untuk dipadankan dengan vokalnya.

“Selepas siap rangka susunan muzik, saya cadangkan lagu ini didendang dengan artis baharu atau sedang aktif yang sesuai dengan vokal saya.

“Ambil masa lama juga meninjau, suatu hari saya buat program membabitkan Hazama. Saya terus terfikir untuk calonkan dia sebagai rakan duet.

“Cadangan itu disambut baik pengurusan Hazama, maka bermulalah rakaman single ini,” kata penyanyi lagu Dikir Puteri itu.

Penawar Kita kini boleh didengari di semua platform muzik penstriman muzik, video muzik mula ditayangkan di saluran YouTube Luncai Emas, mulai 10 November ini. – BOOM!

Previous Post

Bella Hadid Dipecat Dior Kerana Lantang Mengutuk Zionis, Netizen Malaysia Beri Kata-kata Semangat

Next Post

Ryan Dan Adam Bakery Makin Bijak Guna Stage, Persembahan Mantap Minggu Ke Minggu!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd