Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kumpul Dana Untuk Palestin, Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi

09/11/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Kumpul Dana Untuk Palestin, Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir melelong barangan peribadi miliknya demi untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia kepada Palestin.

Untuk tujuan tersebut, Faizal bakal menganjurkan acara amal Faith4Palestine pada Ahad ini melalui gerakan kemanusiaannya, iamFaithmen dan syarikat rakaman, Faithful Music.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, pada Ahad ini bermula antara jam 2 hingga 4 petang.

“Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan bidaan barangan peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah satu usaha membantu keluarga yang sekarang sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu berfaedah selepas pulang ke rumah.

“Muzik adalah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang dibawa membawa maksud positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Faith4Palestine tanda solidariti buat rakyat Palestin - Faizal Tahir - Kosmo Digital

Tambah Faizal lagi, objektif utama Faith4Palestine untuk mendidik masyarakat mengenai sejarah panjang bumi Palestin dan beri bimbingan mengenai bagaimana boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

“Acara ini juga bertujuan menerangkan cabaran berterusan dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah positif dalam membantu mereka.

“Kami menggalakkan masyarakat awam, perniagaan, persatuan dan badan kerajaan mengambil bahagian bersama Faith4Palestine.

Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi.

Tiket dijual pada harga RM99 dengan keuntungan daripada kutipan akan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Royale Chulan Damansara dan Media Prima Audio iaitu Hot FM, Kool 101 dan Molek FM atas sokongan menjadikan Faith4Palestine suatu kenyataan,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Betul Ke Nabila Razali Nikah 13 November?

Next Post

“Sampai Hati Korang Gelak Kat Aku…” – Foto Lama Alif Satar Buat Netizen Terhibur

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd