Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Konsert Milenia Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur Januari Depan

29/12/2023
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Konsert
Konsert Milenia Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur Januari Depan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Konsert Milenia yang tertunda tiga kali bakal diteruskan di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Januari depan.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, pihaknya tetap berusaha meneruskan konsert meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran selepas tiga kali ditangguhkan.

“Kami berdepan cabaran besar mengenai perang persepsi kerana faktor keadaan dan situasi semasa. Ia terpaksa ditunda atas permintaan pihak berwajib yang tidak dapat mengeluarkan permit hiburan sementara pada tarikh sebelum ini.

“Meskipun kapasiti penonton di Zepp Kuala Lumpur bukan berskala besar seperti Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, namun konsert ini perlu direalisasikan.

“Ini kerana memperjuangkan, mengangkat dan memartabatkan irama muzik dangdut adalah keutamaan kami.

“Konsert ini juga mahu membuktikan corak persembahan tidak boleh keterlaluan dan perlu mengikut spesifikasi garis panduan Pusat Permohonan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL),” katanya.

Konsert Milenia | Ticket2u

Terdahulu, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 November lalu ditangguhkan bagi menghormati penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Konsert Milenia 2024 yang direncanakan membawa penyanyi dangdut tanah air, Amelina dan Mas Idayu itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Baby Shima dan Ani Maiyuni.

Seperti sedia maklum Konsert Milenia adalah gabungan artis Malaysia dan Indonesia, justeru ia juga akan dimeriahkan dengan persembahan dari penyanyi Indonesia iaitu Hesty Klepek Klepek, Rheyna Morena dan Thomas Arya.

Bagaimanapun, Jeffri berkata, barisan asal penyanyi konsert iaitu Siti Badriah dan Fitri Carlina tidak dapat menyertai atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Kami ingin memaklumkan Siti Badriah dan Fitri Carlina tidak dapat turut serta kerana tarikh bercanggah dengan jadual persembahan di Jakarta.

“Tapi, kami percaya Zepp Kuala Lumpur akan penuh dengan kehadiran peminat dangdut kerana ia konsert yang julung kali diadakan,” katanya.

Konsert Milenia | Ticket2u

Selaras dengan perubahan itu, Jeffri berkata, lokasi yang lebih kecil dari perancangan asal sudah pasti mempunyai pelbagai perubahan strategi termasuklah perubahan harga.

“Harga sangat berpatutan kerana kami mempersembahkan tujuh artis termasuk DJ Dugem. Matlamat kami memberikan kepuasan kepada peminat yang hadir pada malam konsert.

“Kepada pembeli tiket sedia ada sebelum ini kami akan memaklumkan kedudukan zon baharu yang akan ditempatkan menggantikan zon lama melalui e-mel,” katanya. – BOOM!

Sumber: BH ONLINE

Previous Post

Rita Rudaini Tuntut Guru Sebar Fitnah Mohon Maaf Atau Wajahnya Didedahkan Di Media Sosial

Next Post

Sambal Nyet Diciplak Khairi | M Nasir Duta Mercy Malaysia | Surat Terakhir Lee Sun-kyun

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan 10 tahun terlerai, Nubhan, Dr Fie cerai talak dua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd