Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Shuib Menang Saman Fitnah, Derma Duit Kepada Tabung Palestin

10/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Shuib Menang Saman Fitnah, Derma Duit Kepada Tabung Palestin

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelawak Shuib, 40, memenangi saman fitnah yang dilemparkan pengguna laman sosial dikenali sebagai John Dihani, hari ini.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad buat kali pertama bertemu dengan John di Kompleks Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.

“Alhamdulillah, hari ini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah @sitisarahraissuddin.

“Hampir lima bulan dan hari ini semuanya sudah terjawab. Fitnah kamu John Dihani langsung tak berasas dan tak masuk akal,” tulis Shuib.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, Shuib berkata, dia memilih memaafkan dan menghalalkan segala fitnah dilemparkan Johan terhadap dirinya atas dasar ihsan dan profesional.

“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu dibayar. Cuma, saya tak boleh jelaskan berapa jumlah perlu dibayar.

“Hasil duit saman akan disalurkan ke tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala utusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

“Jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa, Jangan jadikan fitnah satu perkara normal, ini bukan budaya orang Malaysia,” tulisnya lagi.

Shuib saman netizen bernama John Dihani, nafi bisnes terjejas angkara Freemason - Berita | Majoriti

Sementara itu, John membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman sosial.

“Saya membuat hantaran di IG dan menyatakan beberapa kenyataan berunsur fitnah pada Ogos tahun lalu.

“Saya menulis beberapa kenyataan fitnah dalam ruangan komen tanpa bukti dan asas. Tindakan menyebarkan fitnah ini dilakukan tanpa memikirkan kesan.

“Saya tahu penyebaran fitnah kerap berlaku dan sarankan kepada mana-mana pihak supaya tidak sebarkan fitnah.

“Saya mohon maaf pada Shuib atas penyebaran dan penularan fitnah menerusi hantaran berkenaan,” ujarnya.

Shuib dan John dilihat bersalaman selepas kenyataan maaf selesai dibacakan John.

Pada 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya terbabit dengan pertubuhan Freemason.

Tarik balik permohonan maaf, Shuib teruskan saman John Dihani - Kosmo Digital

Menerusi hantaran itu, individu itu mendakwa isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan ibu mengandung risiko tidak mengambil vaksin

Bagaimanapun, seorang individu, Zulhairi Abu Othman, 35, tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.

BACA: [V] Shuib, Pemfitnah Bersemuka – “Saya Maafkan Zulhairi Kerana Dia Beradab Dan Berani Datang Hari Ni…”

Manakala, John pula membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran dalam media sosial.

John mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat dan mengakui tindakannya itu memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, Shuib bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John kerana enggan tampil bersemuka. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Zarina Anjoulie Dedah Perangai ‘Busuk Hati’ Fathia Latiff – “Saya Tidak Benci Dia, Saya Doakan Dia Baik-baik…”

Next Post

Pertama Kali Tukar Lampin Anak Kedua, Ayda Jebat Akui Kekok – “Jangan Terkejut Sebab Memang Selalu Bapa Dia Yang Buat”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Model Korea, Kim Jong Suk Meninggal Dunia Secara Mengejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd