Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Shukri Yahya Mohon Maaf, Akui Kesilapan Diri Lakukan Babak Separuh Lucah

23/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Shukri Yahya Mohon Maaf, Akui Kesilapan Diri Lakukan Babak Separuh Lucah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Shukri Yahaya mohon maaf berhubung isu melakonkan babak didakwa berunsur separuh lucah bersama gandingannya, Alya Iman dalam drama berjudul Layang-Layang Perkahwinan.

Mengulas lanjut, Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahaya mengakui kekhilafan diri dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

Showbiz: Shukri Yahaya reprimanded for 'indecent act'

“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi datangnya daripada kesilapan saya sendiri.

“Babak ini sebenarnya dirakamkan pada hari pertama memulakan penggambaran. Saya sangat teruja melakonkan babak ini tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

“Selepas selesai penggambaran barulah terdetik rasa bersalah. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Shukri turut menjelaskan, dirinya tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan lebih selesa membuat interpretasi mengenai wataknya pada hari penggambaran.

Tak sangka Shukri Yahaya ambil watak macam ni" - Netizen

“Terus terang, saya memang tak suka baca skrip dan sejenis bila berada di set penggambaran barulah buat interpretasi berdasarkan skrip.

“Pada awalnya, saya bayangkan babak ini sedikit sahaja. Lagipun, babak ini dilakonkan pada hari pertama penggambaran dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas perasaan Tya Adnan mengenai babak dilakonkannya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak menolak ia memberi kesan kepada isterinya.

“Bukan tak hormati perasaan isteri. Dia juga bukanlah okay dengan babak ini, tapi ambil pendekatan tidak menonton drama berkenaan.

“Sebelum itu, saya sudah beritahu Tya mengenai babak ini. Jadi, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya ditemui pada siang media drama Layang-Layang Perkahwinan, di sini, hari ini.

Tolong Hormat Yang Single"- Babak 'Sweet' Shukri Yahaya & Isteri Buat Netizen Tak Keruan - Murai MY

Mengulas dakwaan dibenci netizen kerana melakonkan babak berkenaan, Shukri berharap peminat tidak terus beremosi kerana dirinya hanya mahu mempelbagaikan karakter.

“Saya nak cuba nampak lain sebab sebelum ini, saya selalu bawa watak lelaki lurus bendul.

“Jadi, saya nak buktikan boleh bawa watak ini, namun percubaan saya tidak diterima orang ramai. Ini kerana ia agak sensitif,” luahnya.

Terdahulu, tular sedutan babak memaparkan adegan Azim Asibullah lakonan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Tsuraya Lin (Alya) yang memasuki bilik air.

Shukri tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan dan Alya memberikan senyuman mengghairahkan.

Sedutan video berkenaan meraih perhatian ramai hingga menjadi bahan kecaman dalam media sosial kerana dianggap cuba menormalisasikan ‘soft porn’. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Lokman | Fizi Tuntut Hak Jagaan Anak | Fesyen Tudung Hawa Jadi Bualan

Next Post

Enggan Kisah Hidup Jadi Bahan Jenaka, Sean Lee Pilih Rahsiakan Kehidupan Peribadi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd