Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Fatima Mula Tunjuk Ciri-ciri Seorang Penghibur, Fazura Tak Halang Anak Ceburi Bidang Hiburan

07/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Fatima Mula Tunjuk Ciri-ciri Seorang Penghibur, Fazura Tak Halang Anak Ceburi Bidang Hiburan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan usahawan Nur Fazura mula mengesan bakat anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya sebagai seorang penghibur meskipun kanak-kanak itu baru sahaja berusia tiga tahun.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, sebagai seorang ibu dia tidak kisah sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.

Bagaimanapun kata Fazura, dia bimbang jika tidak dapat menangani sekiranya Fatima terpalit dengan isu atau kontroversi sebagai seorang selebriti.

“Bidang seni ini agak sukar, saya agak risau juga kalau Fatima masuk bidang seni dan terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebagai selebriti.

“Tapi Fatima ini saya tengok seorang yang kuat dan rasanya dia boleh hadapi cuma bimbang saya boleh ke hadap kalau anak kena gosip dan dihentam?

“Terpulanglah, saya terbuka apa sahaja Fatima nak buat dalam hidup dia. Nampaklah ciri-ciri penghibur itu sudah ada dalam diri dia,” katanya.

Fazura berkongsi perkara itu selepas pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, pelakon itu memberitahu anak perempuannya itu juga sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan.

Kata Fazura, dia melihat Fatima seorang yang natural apabila berhadapan dengan kamera dan tidak sukar menguruskannya ketika berada di set penggambaran.

“Sekarang pun ada sikit-sikit berlakon dalam iklan, dia seorang yang natural. Darah seni itu sudah ada dalam diri dia.

“Terpulang, saya terbuka apa sahaja Fatima nak buat dalam hidup dia.”

“Jika suatu hari nanti dia nak pelakon atau penyanyi, saya dan suami sokong sahaja. Mudah-mudahan saya dan Fattah diberikan kesihatan untuk bimbing dan sokong kariernya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura memberitahu dia bakal kembali ke televisyen dengan dua buah projek drama bersempena kedatangan Ramadan.

Kata Fazura, kemunculannya itu selepas enam tahun berehat daripada dunia lakonan disebabkan sibuk menguruskan perniagaan.

“Enam tahun tak keluar TV, kali terakhir drama Hero Seorang Cinderella dengan Fattah. Ramai tanya bila nak buat ‘comeback’ tapi saya sibuk dengan bisnes.

“Alhamdulillah tahun ini saya ada dua projek yang bakal menambat hati penonton bersempena Ramadan. Harap peminat jangan muak tengok saya,” katanya.

Bercakap mengenai koleksi Fazbolous Raya 2024, kali ini Fazura mengetengahkan tiga koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan flora.

Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden.

Kesemua 30 corak-corak menarik ini akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat disamping koleksi lain seperti baju kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready to wear. – BOOM!

Sumber: MSTAR

Previous Post

Lisa Surihani Mengaku Masih ‘Merangkak’ Mengaji

Next Post

Forteen Dan Izzue Islam Kembali! | Lisa Akui Masih ‘Merangkak’ Mengaji | Fazura Tak Halang Anak Ceburi Bidang Hiburan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan 10 tahun terlerai, Nubhan, Dr Fie cerai talak dua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd