Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 Beri Peluang Peminat Beramah Mesra, Santuni Pesakit Dan Bekas Pesakit Kanser

07/03/2024
Sharifah Zarifaholeh Sharifah Zarifah
in Konsert, Selebriti
Showcase Amal Artis Legenda 4.0 Beri Peluang Peminat Beramah Mesra, Santuni Pesakit Dan Bekas Pesakit Kanser

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Program hiburan berkonsep amal sentiasa berdepan cabaran apatah lagi dari aspek sambutan penajaan.

Perkara tersebut diakui penyanyi Nizam Laksamana yang menganjurkan program Showcase Amal Artis Legenda 4.0 anjuran Nizam Laksamana Production.

Menurutnya, penganjuran showcase kali ini adalah yang terakhir akan dibuat berikutan ‘semangat’ pudar untuk menjayakan showcase yang sudah memasuki edisi keempat.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah alhamdulillah kerana penganjuran showcase 4.0 tetap mendapat sambutan walaupun sedikit perlahan jika dibandingkan penganjuran showcase 1.0, 2.0 dan 3.0. Pernah ada pihak mengatakan saya mengaut keuntungan dengan menganjurkan showcase ini walaupun pada dasarnya tiada ‘gaji’ pun bersama pasukan saya apatah lagi permohonan dana pun pernah ditolak walaupun dah melalui proses pitching,” katanya dalam satu kenyataan media.

Nizam Laksamana.

Ujarnya, dia memanjatkan doa dan harapan agar niat murni program kali ini dipermudahkan Allah SWT dan jualan meja dapat dipenuhi sebelum tarikh 1hb Jun depan.

“Pernah juga terucap perkataan ‘batal’ sahaja kerana pandangan serong sesetengah pihak serta janji-janji manis yang ditabur golongan korporat bagi menaja penganjuran showcase.

“Namun atas motivasi dan sokongan pasukan showcase ini serta pihak media membuatkan saya meneruskan juga matlamat yang telah dirangka. Menambahkan lagi sebak didada apabila tiga orang sahabat yang pernah menyertai showcase ini telah pergi meninggalkan kita iaitu arwah Gmie Screen, Tia Jinbara dan Ibnor Riza,” katanya.

Zarul Umbrella.

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 akan berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor pada 1 Jun 2024 menampilkan persembahan artis ‘otai’ seperti Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Shafie Rio, Ameng Spring, Dwen, Ady Wow, Mawi, Wann dan Nizam sendiri.

“Showcase ini bukan semata-mata hiburan saja, sebaliknya adalah tempat perjumpaan antara peminat dengan penyanyi kegemaran mereka.

“Selepas acara selesai, peminat berpeluang untuk beramah mesra dengan artis yang terlibat. Paling penting penganjuran ini juga adalah untuk menyantuni pesakit dan bekas pesakit kanser,” katanya.

Tambahnya, sebahagian kutipan jualan meja dan sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Cancer Survivors Malaysia satu badan NGO yang aktif memberi bantuan kepada pesakit kanser.

Antara barisan artis yang akan menjayakan Showcase Amal Artis Legenda 4.0.

Selain itu sebahagian kutipan juga akan disalurkan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kini disenaraikan seramai 20 orang.

“Menyentuh mengenai persembahan Showcase Amal Artis Legenda 4.0, kami merancang satu naratif muzik kerana setiap penyanyi mewakili genre dan zaman kegemilangan masing-masing walaupun dengan menggunakan minus-one ataupun iringan gitar akustik.

“Sesungguhnya saya beruntung kerana mendapat rakan-rakan artis yang sama-sama bersemangat untuk menjayakan showcase ini. Bagi mereka, inilah cara untuk membantu orang lain,” katanya.

Ujarnya, dia terharu dengan sokongan pihak media yang sentiasa menyiarkan berita yang membina dan positif mengenai showcase ini.

“Laporan dan cerita yang disiarkan sangat menggerakkan jualan meja walaupun ianya hanya showcase amal. Sesungguhnya Showcase amal ini bukanlah hasil kerja saya seorang, tanpa bantuan pasukan saya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan showcase pertama hingga kali ke empat ini semestinya Azmi Jamsari dari Saudagar Seni serta Remy Daud.

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 akan berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor pada 1 Jun 2024.

“Pasukan SAAL4.0 ini juga berpeluang menambah ahli iaitu Hamri yang membantu dari sudut rekaan grafik. Harapan saya agar showcase terakhir ini akan membuka mata pada rakan-rakan seni yang lain yang boleh buat dan membantu, bersama kita bersolidariti membantu penggiat seni.

“Keduanya, yang ada kesenangan dan kemampuan seperti syarikat sepatutnya boleh datang untuk memberi tajaan kepada program begini. Kepada peminat yang ingin membuat tempahan meja dan tempat duduk boleh terus berhubung dengan Remy Daud di talian 018-3536786,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Dia Raba Saya Atas, Bawah Sebanyak 3 Kali – Elly Arifin

Next Post

Peminat Biayai Projek Single Ramlah Ram

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd