Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Jenis Pasrah, Tidak Hiraukan Perasaan Sendiri Asalkan Orang Tersayang Bahagia” – ‘Lemas’ Kisah Peribadi Khai Bahar

13/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Musik, Selebriti
“Saya Jenis Pasrah, Tidak Hiraukan Perasaan Sendiri Asalkan Orang Tersayang Bahagia” – ‘Lemas’ Kisah Peribadi Khai Bahar

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengalaman seni sepanjang 7 tahun dengan lebih 20 single merupakan suatu pencapaian membanggakan buat penyanyi popular, Khai Bahar.

Apa yang mengujakan apabila dia meraih sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peminat. Kini, Khai Bahar muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Lemas’.

Menurutnya, lagu terbaharu ini sangat istimewa buat dirinya kerana liriknya berkait rapat dengan pengalaman peribadi, keluarga dan orang sekeliling. Sikapnya yang sering mendahulukan orang lain demi kebahagiaan jelas terpancar apabila dia menerima lagu ini.

“Apabila saya amati lirik ‘Lemas’, saya seolah-olah dapat hubungkan dengan keadaan yang pernah saya lalui. Saya seorang yang akan mengetepikan perasaan sendiri dan memberi peluang kepada orang lain.

“Secara ringkasnya, saya ni jenis pasrah, tidak hiraukan perasaan sendiri asalkan orang tersayang bahagia. Kadang-kadang bila kita buat orang lain bahagia, secara tidak langsung, hati kita tenang walaupun pedih untuk menerimanya.

“Lama-lama nanti perasaan sedih itu dengan sendirinya akan hilang. Sebab itulah bila saya lihat lirik lagu ini, saya terus setuju untuk jadikan single terbaharu saya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, dia menunjukkan komitmen yang tinggi ketika rakaman tanpa mengira kesihatannya.

“Ketika rakaman untuk lagu ini dilakukan, saya dalam keadaan yang kurang sihat. Saya tidak mahu melengah-lengahkan rakaman ini kerana saya menghargai serta menghormati kerja keras sahabat saya di dalam studio terutamanya komposer Hykal Kadir dan penulis lirik Hamizan Azli. Saya amat menghormati mereka yang masih muda dan ada bakat sangat berkualiti,” katanya.

Dalam aspek pemilihan lagu, Khai Bahar menyatakan dia menghormati kreativiti setiap komposer dan penulis lirik yang melahirkan sesebuah karya.

“Saya boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang ini. Namun saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja komposer asalkan melodi, lirik dan lagu sedap didengar dan melekat di hati saya. Alhamdulillah berkat kerja sama semua, rakaman selesai dalam masa dua jam setengah,” katanya.

Buat peminat yang ingin mendengar single terbaharu kali ini boleh muat turun lagu ‘Lemas’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer.- BOOM!

Previous Post

Nazim Othman Ucap ‘Selamat Tinggal’ Bila Tiba Masa | Bella Jual Kuih Raya | Aiman Tolak Tawaran Demi Keluarga

Next Post

Amin Sebak Imbau Kenangan Di Lokasi Penggambaran Bersama Arwah Mamat Khalid

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd