Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Festival Muzik Vits Gabungkan Mi Segera Dan Nostalgia Muzik 90’an

20/08/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Festival Muzik Vits Gabungkan Mi Segera Dan Nostalgia Muzik 90’an

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Buat pertama kalinya, jenama mi segera terkenal, Vit’s, berkolaborasi dengan Persatuan Karyawan Malaysia untuk membawakan Festival Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’ sempena Festival Mi Malaysia yang pertama.

Acara ini akan berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2024 di Padang Timur, Petaling Jaya, bermula dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam.

Festival ini bakal mengubati kerinduan peminat muzik 90’an dengan barisan artis terkemuka era tersebut, termasuk Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, serta DJ Fasha Anderson dan Don’t Panic Buskers.

Mereka akan membawa semula kehangatan lagu-lagu ‘hits’ 90’an untuk para peminat.

Menurut Pn. Baizura Tazri, penganjur bagi pihak Vit’s, ini adalah kali pertama jenama tersebut mengadakan festival muzik seperti ini, yang menggabungkan elemen muzik dan makanan.

Pengunjung akan dapat menikmati pelbagai hidangan mi sambil dihiburkan dengan muzik ikonik era 90’an.

Selain menghibur peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana untuk Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan karyawan yang sedang sakit atau memerlukan bantuan, sejajar dengan misi persatuan tersebut.

Acara dua hari ini akan menampilkan 17 penyanyi 90’an, dengan persembahan bermula dari jam 8 hingga 11:30 malam setiap malam, meliputi pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop, dan irama Malaysia.

Pengunjung festival juga akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan mi di lebih 80 gerai, sambil beriadah di kawasan permainan karnival yang disediakan, sesuai untuk aktiviti keluarga.

Menambah keunikan acara, pengunjung yang hadir dengan berpakaian mengikut tema 90’an seperti rock, hip hop, atau dangdut berpeluang memenangi hadiah istimewa dari pihak penganjur.

Selain itu, atas permintaan ramai di media sosial, pertandingan karaoke juga akan diadakan sepanjang festival dengan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.

Festival ini turut mendapat tajaan daripada MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan Irama Maju Productions.

Tiket untuk KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh dibeli secara atas talian mulai 16 Ogos 2024, jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang.

Manakala, Festival Mi Malaysia adalah percuma untuk dihadiri oleh orang ramai. – BOOM!

Previous Post

‘Congrats, Awak Dah Menang..’ – Instagram Puteri Sarah Dibanjiri Komen Peminat

Next Post

“Inilah Kita” Lagu Patriotik Baharu Rocketfuel Entertainment

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd