Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Duyung: Legenda Aurora” Tambah Watak Duyung Lelaki

04/09/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Filem, Selebriti
“Duyung: Legenda Aurora” Tambah Watak Duyung Lelaki

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas 16 tahun Maya Karin membawa watak duyung dalam filem “Duyung,” kini giliran pelakon jelita Anna Jobling, 24, mengambil alih peranan tersebut dalam sekuel terbaru berjudul “Duyung: Legenda Aurora.”

Filem ini diarahkan oleh Prof. Datuk Dr. A Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh KRU Studios Sdn Bhd, dengan kerjasama 8 Bit Studio Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Filem Duyung diterbitkan pada tahun 2008.

Datuk Norman Abdul Halim, Penerbit Eksekutif filem ini, menyatakan bahawa Anna dipilih berdasarkan kebolehannya berenang, yang mana merupakan kriteria penting kerana kostum duyung memerlukan kemahiran renang yang tinggi.

“Kami memang mencari pelakon yang boleh berenang dengan baik sebab nak kena pakai kostum duyung itu bukan senang. Ia ada cabaran tersendiri dan kami lihat Anna dapat melakukannya dengan baik kerana dia boleh berenang,” katanya dalam sidang media di Wetland Studios.

Sekuel ini juga menampilkan gabungan pelakon lama dan baharu, termasuk Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Ayie Floor 88, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, dan kumpulan Zero.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Menariknya, watak duyung lelaki turut diperkenalkan dalam filem ini untuk menambah warna pada jalan ceritanya.

Norman juga menegaskan bahawa KRU Studios kembali ke industri filem dengan francais ini setelah berehat sekian lama.

“Memang tak dinafikan, KRU sudah lama berehat dari industri perfileman tanah air. Jadi, apabila mendapati projek filem ini (Duyung) masih sesuai dihasilkan, kami fikir sekarang masanya untuk kembali beraksi di layar perak,” katanya.

Filem ini akan mengekalkan mesej pemuliharaan alam sekitar yang pernah diketengahkan dalam filem terdahulu.

Saiful Apek dan Maya Karin merupakan pelakon utama dalam filem Duyung pada tahun 2008.

Sementara itu, Razak berkata, sejak mencapai kutipan pecah panggung pada 2008, masih ramai yang bertanya mengenai bilakah kesinambungan filem itu hendak dihasilkan.

“Bagaimanapun, apabila dapat dirasakan ini adalah masa sesuai untuk membuat sekuel filem Duyung, saya mengadakan perbincangan dengan Norman dan turut berusaha juga mencari penaja yang berminat,” katanya.

Penggambaran “Duyung: Legenda Aurora” akan bermula dari 13 September hingga 13 Oktober di 22 lokasi secara keseluruhan sekitar Langkawi, Pulau Payar, Lembah Klang, dan Putrajaya.

Filem bergenre komedi fantasi ini dijangka berdurasi 110 minit dan akan ditayangkan di pawagam tahun depan. – BOOM!

View this post on Instagram

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

 

Previous Post

Bell Ngasri Sokong Jika Joey, Ropie Pemenang Utama

Next Post

Syasya Umum Hamil Anak Sulung – ‘Baby Emon Is On The Way’

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ruhainies Dedah Sebab Tak Maki Balik Haters Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Bukannya Aku Tepuk Buntut Laki Kau!” – Ifa Raziah Akui Rakam Video Untuk Viral

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Apa, Benda Dah Jadi… Saya Tak Boleh Ulas” – Respons Syazwani, Pembaca Berita Astro Awani

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Body Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Luna Maya & Maxime Bouttier Selamat Bernikah, Tapi Ini Pendedahan Mengejut Daripadanya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Benny Blanco Didakwa Curang, Selena Gomez ‘Unfollow’ Rakan Baik Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Gila Ya, Gila Ya!” – Maxime Bouttier Tak Sangka Luna Maya Kini Jadi Isterinya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ruhainies Dedah Sebab Tak Maki Balik Haters Di IG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘If I Wanted To Snag A Rich Guy, I’d Have Done It Long Ago’ – Diana Danielle Claps Back At Netizen’s Snarky Comment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    “Dah Sleep Dengan J?” – Ameera Khan Bidas Soalan ‘Pedas’ Netizen, Ini Respons Padu Dia!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jefri Nichol Cium Kaki Ameera Khan, Romantis Atau Terlebih?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “TV Tiba-Tiba Menyala, Suara Macam Tentera Jalan!” – Kediaman Mewah Atta Halilintar Berhantu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Kata Saya Menyund*l” – Bekas Kekasih Dedah Perbualan Panas Dengan Ammar Alfian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Memang Saya” – Saiful Apek Akui Dirinya Individu Ditahan Polis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Sangat Layak Mohon Cerai” – Mas Idayu Akhirnya Bersuara Isu Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]“Ini Baru Datin Seri, Bukan Mak Cik!” – Aliff Syukri Belanja RM1.5 Juta Hadiahkan Emas Buat Isteri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ayash Nak Jadi Abang Ke?” – Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Drama Syawal 2025 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Yang Nak Lihat Saya Jatuh” – Aina Abdul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

 
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd