Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Erti Tersirat ‘Perisai Cinta’ Bagi Liza Hanim

10/09/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Erti Tersirat ‘Perisai Cinta’ Bagi Liza Hanim

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas kejayaan konsert sulungnya beberapa bulan lalu, Liza Hanim kembali dengan karya balada terbarunya bertajuk ‘Perisai Cinta’.

Dikenali dengan keupayaannya membawa lagu-lagu bergenre balada, Liza berkongsi erti mendalam di sebalik lagu ini, yang turut menjadi runut bunyi asli untuk drama bersiri ‘Ternyata Sebuah Bahagia’.

“Lagu ini adalah runut bunyi asli drama bersiri berjudul ‘Ternyata Sebuah Bahagia’ yang dibintangi oleh Zamarul Hisham, Sarimah Ibrahim, dan Elvina Mohamad. Menurut pihak penerbitan, kisah dalam lagu ini adalah suara hati watak utama wanita bernama Janice, lakonan Sarimah Ibrahim,” kata Liza.

Namun, Liza melihat lagu ini dari sudut yang lebih mendalam, dengan menafsirkan mesej ketuhanan yang tersirat. “Bagi saya, lagu ini mempunyai dua maksud.

Interpretasi saya mungkin berbeza kerana saya melihatnya sebagai sebuah lagu yang membawa pesan ketuhanan. Lagu ini menjelaskan bahawa dalam setiap kesusahan, kadangkala kita lalai dan merasa perlu bergantung pada seseorang manusia.

“Dalam lagu ini, manusia yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang menjadi harapan watak utama wanita tersebut. Namun, saat dia menyedari bahawa lelaki itu juga punya kelemahan dan mampu lalai, dia akan sedar bahawa satu-satunya tempat bergantung adalah Allah Taala, bukan manusia biasa,” jelas Liza.

Projek ini juga menandakan kali pertama Liza bekerjasama dengan Omar K dan Shazriq Azeman sebagai pencipta dan penulis lagu.

“Saya sudah lama ingin menyanyikan lagu-lagu ciptaan Omar K kerana muziknya seiring dengan zaman dan bersifat kekinian. Namun, peluang itu tidak pernah hadir sebelum ini. Saat dapat berkolaborasi buat kali pertama, saya begitu teruja dan gembira, apatah lagi ini kali pertama saya bertemu dengannya.

“Kalau Shazriq Azeman pula, saya pernah berjumpa dengannya di pentas ‘All Together Now,’ namun ini juga kali pertama kami bekerjasama,” kata Liza lagi.

Liza turut berkongsi pengalaman rakaman yang berjalan dengan sangat lancar.

“Lebih memudahkan kerja adalah mereka berdua sangat menghormati dan berbudi bahasa. Jadi, rakaman berjalan dengan lancar dan mudah. Lagipun, saya datang dengan penuh semangat seperti setiap rakaman saya sebelum ini.

“Saya sudah hafal lagu dan faham jalan ceritanya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan saya anggap lagu ini ada keajaiban tersendiri kerana ia begitu cepat untuk diselesaikan. Saya dapat menangkap intipati lagu ini dengan cepat dan sekitar 45 minit sahaja semuanya sudah selesai!”

Harapan Liza adalah agar lagu “Perisai Cinta” mendapat sambutan hangat dan mampu memberikan kesan mendalam kepada para pendengar, terutamanya peminat setianya dan juga mereka yang baru mengenalinya.

“Semoga lagu ini mendapat tempat di hati semua,” ucap Liza mengakhiri bicara.

“Perisai Cinta” telah dilancarkan pada 6 September 2024 dan boleh dimuat turun di iTunes serta dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music. – BOOM!

Previous Post

Anzalna Nasir Gesa Produksi Lebih Prihatin Selepas Insiden Mia Diserang Anjing Rottweiler

Next Post

KJ Calon Penyampai Radio Popular ABPBH 36

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd