Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Memori Mungkin Berulang” Satukan Tomok & Siti Nordiana Untuk Konsert Nostalgia Epik!

30/10/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Konsert, Selebriti
“Memori Mungkin Berulang” Satukan Tomok & Siti Nordiana Untuk Konsert Nostalgia Epik!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Konsert “Memori Mungkin Berulang” bakal mencipta sejarah apabila dua nama besar, Tomok dan Siti Nordiana, buat pertama kalinya berkongsi pentas untuk mempersembahkan deretan lagu popular mereka yang telah mengiringi karier seni mereka selama lebih 20 tahun. Konsert yang pasti menggamit kenangan ini dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Tomok, yang juga bertindak sebagai penganjur konsert melalui syarikatnya, Popsicle Records, meluahkan rasa teruja untuk merealisasikan konsert bersama Siti Nordiana.

“Ini kali pertama saya dan Nana berkolaborasi untuk satu konsert yang diilhamkan khusus buat peminat kami sejak awal karier,” kata Tomok.

“Pelbagai kejutan telah disusun, termasuk beberapa lagu popular kami yang akan dibawakan dengan interpretasi baharu,” tambahnya lagi.

Selain lagu hits mereka, konsert ini juga akan membawa kenangan istimewa duet Siti Nordiana bersama arwah Achik Spin. Tomok akan menyanyikan beberapa lagu ikonik seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih, dan Gurauan Berkasih, yang dijangka menjadi momen penuh emosi buat semua yang hadir.

“Saya yakin peminat akan menantikan persembahan istimewa ini,” kata Tomok sambil menjelaskan bahawa harga tiket telah disusun dengan berpatutan untuk memastikan semua peminat berpeluang menyaksikan konsert ini.

Siti Nordiana pula menyatakan penghargaan dan kegembiraannya untuk tampil bersama Tomok dalam konsert ini.

“Apabila Tomok menjemput saya untuk berkolaborasi, saya terus bersetuju kerana ini adalah hadiah terbaik buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami sejak awal 2000,” katanya.

Menurut Nana, pemilihan lagu duet Memori Mungkin Berulang sebagai tema utama konsert adalah kerana ia sinonim dengan kerjaya mereka.

“Dulu, saya dikenali dengan Achik dan kini, lagu duet dengan Tomok mencetus fenomena baru dalam industri muzik yang kini turut menarik minat generasi Z,” jelas Siti Nordiana yang terharu dengan sambutan luar biasa daripada anak-anak muda terhadap lagu tersebut.

Tiket Konsert “Memori Mungkin Berulang” kini boleh didapati secara dalam talian melalui platform Ticket2u dengan harga bermula dari RM98 hingga RM498 dan VIP Box berharga RM5,000. Penjualan tiket telah dibuka sejak 28 Oktober 2024, dan Tomok serta Siti Nordiana berjanji akan memberikan persembahan terbaik bagi menghargai sokongan peminat. – BOOM!

Previous Post

Fattah Amin Raih Perhatian Pandu Lamborghini Ungu, Hadiah Atau Sekadar Gimik?

Next Post

Pelakon Wanita Watak Antagonis Paling BOOM!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd