Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Terlalu Banyak Isu Cerai, Osem Han Lancar Lagu “Masih Bisakah” Sebagai Luahan Realiti Kehidupan Rumah Tangga

27/11/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Musik, Selebriti
Terlalu Banyak Isu Cerai, Osem Han Lancar Lagu “Masih Bisakah” Sebagai Luahan Realiti Kehidupan Rumah Tangga

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi dan penulis lagu Osem Han, melancarkan lagu terbaharu berjudul Masih Bisakah sebagai respons terhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga yang sering menjadi perhatian ramai.

Menurut Osem, karya ini tercipta sebagai refleksi terhadap realiti kehidupan rumah tangga yang tidak selalu indah, apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memberi ruang kepada lebih banyak masalah peribadi untuk dibincangkan secara terbuka.

Dalam temu bual eksklusif bersama media, Osem berkata, “Terlalu banyak isu perceraian sekarang ini. Mungkin dulu kita jarang mendengar tentang masalah rumah tangga secara terbuka, tetapi dengan media sosial, isu ini semakin meluas dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya saya menghasilkan lagu ini, untuk memberi pengajaran dan membuka mata tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan berpasangan.”

Tambah Osem, lagu Masih Bisakah mengangkat tema besar tentang penerimaan dan keikhlasan dalam sesebuah hubungan. Ia berkisar tentang bagaimana pasangan berhadapan dengan kesalahan dan ketidaksempurnaan masing-masing. Osem menyatakan bahawa lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi lebih kepada soal kemampuan pasangan untuk menerima kesilapan dan bertahan dalam hubungan yang diuji oleh masa.

“Lagu ini ibaratnya seperti bertanya kepada diri kita, bolehkah kita menerima kesalahan pasangan kita? Bolehkan kita terus bersama walaupun sudah banyak perkara yang berlaku? Dalam setiap perhubungan, ada masa kita merasa teruji dan bertanya, Masih bisakah kita teruskan?’,” ujar Osem.

Sementara itu, Osem berkata lagu ini sangat dekat dengan pengalamannya sendiri. “Mungkin ada kaitannya dengan kehidupan saya dan isteri saya. Saya ingin memberi peringatan bahawa dalam perkahwinan, tidak semuanya sempurna. Ada fasa-fasa indah, tetapi ada juga cabaran besar yang perlu dihadapi bersama,” tuturnta.

Dengan lirik yang menggambarkan kesulitan dan cabaran dalam perhubungan, “Masih Bisakah” memberi ruang kepada pendengar untuk merenung kembali keadaan dalam hubungan.

“Lagu ini sengaja saya biarkan ‘tergantung’ tanpa penyelesaian yang jelas, menggambarkan bahawa jawapan sebenar bagi setiap pasangan ada dalam diri mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Osem mengakui bahawa dalam mencipta lagu ini, dia berusaha untuk tidak menjadikan Masih Bisakah sebuah lagu yang terlalu klise atau romantik. Sebaliknya, dia mahu ia lebih kepada sentuhan realistik yang mencerminkan kehidupan sebenar.

“Saya cuba elakkan lagu ini daripada menjadi terlalu ‘lovey-dovey’. Ini adalah tentang realiti hidup. Saya mahu pendengar rasa seolah-olah mereka sedang bercakap tentang kehidupan mereka sendiri,” tambahnya.

Proses penghasilan lagu ini juga mencabar dimana lagu ini dirakamkan di tiga lokasi berbeza iaitu Singapura, Jakarta, dan Bali, bagi mendapatkan pengalaman muzik yang pelbagai.

Ujar Osem, Masih Bisakah agak susah dinyanyikan kerana banyak elemen ‘feel’ daripada teknik vokal. Proses rakaman ini juga benar-benar menyampaikan emosi sebenar dalam lagu.

Dalam perkembangan lain, Osem menyatakan bahawa dia tidak lagi terlalu mementingkan populariti atau pengikut. Sebaliknya, dia berusaha untuk memberi karya yang lebih bermakna dan diterima oleh masyarakat. “Saya tak tahu ada peminat ke tidak, tapi saya akan berusaha sehingga orang suka lagu saya. Kalau dulu saya hanya mengikut citarasa sendiri, kali ini saya cuba untuk membuat sesuatu yang lebih sesuai dengan citarasa pendengar,” kata Osem penuh rendah diri.

Meskipun tidak terlalu konsisten dalam mengeluarkan lagu, Osem tetap berusaha keras untuk memberi yang terbaik bagi setiap karya yang dihasilkannya.

Osem berharap Masih Bisakah dapat memberikan pengajaran kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hubungan rumah tangga. Lagu ini mengingatkan bahawa dalam perkahwinan, cabaran dan ujian adalah sebahagian daripada kehidupan. “Jangan terlalu mudah berputus asa bila menghadapi masalah. Perhubungan memerlukan usaha bersama untuk terus berkembang,” tambahnya.

Masih Bisakah bukan sahaja sebuah lagu, tetapi sebuah seruan kepada semua pasangan untuk berfikir panjang tentang keputusan mereka dalam hubungan. Dengan realisme dan keikhlasan yang disuntik dalam lirik dan muziknya, Osem berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat mereka yang berdepan dengan ujian dalam perhubungan.

Masih Bisakah kini sudah boleh didengar di semua platform muzik digital. – BOOM!

Previous Post

Datuk Seri Vida Perjelas Isu Viral, Mohon Diberikan Ruang

Next Post

KRU Cipta Magis “Voodoo” Bersama Revolusi Muzik AI!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ya, Kami Dah Putus!” – Empat Tahun Bercinta, Riena Diana Reda Impian Berkahwin Musnah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd