Pelakon, Zahiril Adzim, 42, berkongsi luahan di platform Threads miliknya mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial itu.

Menerusi perkongsian itu, Zahiril memberitahu dia sudah mula hilang minat terhadap perkara yang disukainya.
“Saya hilang minat dengan perkara yang saya pernah suka.” tulisnya.
Bagaimana, Zahiril tidak menjelaskan perkara itu.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis turut menitipkan nasihat dan memberi semangat kepadanya termasuklah pelakon Mira Filzah.
“Ambil masa awak, rehat dan kembali dengan kuat!” tulis Mira Filzah.

Beberapa komen turut mengaitkan keadaan Zahiril dengan anhedonia yang merujuk kepada kehilangan minat atau keseronokan, boleh dikaitkan dengan gejala kemurungan dan anxiety.
“Itu anhedonia, salah satu simptom depresi. Dapatkan bantuan profesional.” tulis salah seorang pengguna.

Namun, tidak kurang juga yang mendoakan Zahiril dan mengharapkan dia kembali bersemangat.
“Berehat sebentar dan kembali,” tulis peminatnya. – BOOM!









