Pelakon Mia Sara Nasuha, 20, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas berdiam diri mengundang pelbagai spekulasi.

Namun begitu, Mia dilihat telah menyertai sebuah rancangan podcast yang menampilkan Pak Nil atau Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara.

Podcast tersebut telah memuat naik sebuah teaser bagi podcast mereka di Instagram sebagai promosi yang memaparkan Mia Sara sebagai tetamu jemputan, mengakui salahnya berkaitan isu Puteri Balqis.
“Tapi I tak salahkan dia pun sebab I baca balik cara saya tulis pun memang sangat mengundang.
“Saya tak tahu nak buat apa, saya fikir nak buat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

Bagaimanapun, hasrat tersebut dibantah oleh bapanya yang menasihati agar dia mengunci mulut kerana bimbang masalah menjadi lebih besar selain dirinya disalah erti
Justeru, Mia mengambil inisiatif untuk kekal diam dan menunggu masa yang sesuai mengikut nasihat bapanya.
“Keesokannya, dia (Puteri Balqis) momohon maaf melalui video dan hal iru menyebabkan saya rasa lagi bersalah kerana saya yang sebenarnya bersalah,” katanya.– BOOM!









