Satu tuntutan saman yang mendakwa penyanyi Marilyn Manson melakukan serangan seksual terhadap seorang bekas pembantunya, yang telah ditolak bulan lalu, kini dihidupkan semula.
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Steve Cochran, pada Isnin lalu membenarkan permohonan untuk mempertimbangkan semula saman yang dikemukakan oleh Ashley Walters terhadap Manson atau nama sebenarnya Brian Warner, dalam satu perbicaraan di Los Angeles.

Walaupun kes tersebut telah ditolak oleh Cochran sendiri pada bulan lalu, hakim itu kini merujuk kepada undang-undang negeri California yang baru digubal bulan ini, iaitu Rang Undang-Undang Perhimpunan 250, yang memperuntukkan lanjutan tempoh masa bagi mangsa yang didakwa untuk memfailkan tuntutan.
Ashley memfailkan saman pada tahun 2021, Warner, melakukan serangan seksual terhadapnya selepas mereka berhubung melalui media sosial.

Menurut beliau, dia ke rumah Warner atas alasan untuk satu kerjasama sebelum mendakwa ditolak ke atas katil sebelum dicabul.
Walaupun sempat melarikan diri, Ashley mendakwa penderaan berterusan berlaku selepas dia menerima tawaran pekerjaan sebagai pembantu Warner.

Warner bagaimanapun menafikan semua tuduhan.
Entertainment Weekly melaporkan, peguam Warner, Howard King menafikan anak guamnya terlibat dalam sebarang serangan yang dimaksudkan.

“Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah Encik Warner tidak pernah melakukan sebarang kesalahan seksual.
Walaupun Pejabat Peguam Daerah Los Angeles sebelum ini memutuskan untuk tidak memfailkan pertuduhan jenayah selepas siasatan selama empat tahun, pembukaan semula saman sivil ini sekali lagi mencetuskan perhatian global.
Selain itu, Warner turut berdepan beberapa tuduhan lain oleh beberapa wanita, termasuk bekas tunang dan rakan artis. – BOOM!









