Pelakon dan penyanyi Choi Yoo-jung sekali lagi menjadi tumpuan selepas tersebarnya khabar angin mendakwa penyanyi itu menjalani pembedahan hidung secara rahsia.

Isu tersebut tercetus apabila beberapa foto terbaharu Yoo-jung dibandingkan dengan gambar lama, sekali gus mengundang spekulasi netizen.
Ada yang mendakwa perubahan pada bahagian hidungnya terlalu ketara untuk dianggap semula jadi.

Namun, segelintir peminat pantas tampil mempertahankan idola mereka, menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan berunsur body shaming.
“Wajahnya berubah kerana usia, solekan dan sudut kamera. Tuduhan melakukan pembedahan ini melampau,” kata seorang peminat.

Seorang lagi menambah: “Kenapa artis wanita sentiasa diserang hanya kerana nampak lebih matang dan cantik?”
Perdebatan itu semakin hangat apabila netizen terus menyoal setiap perincian wajah Yoo-jung.

Setakat ini, Yoo-jung belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut. -BOOM!









